Carlo Ancelotti tetap calon utama.

Pemain Arsenal dilaporkan meminta BOD Arsenal memilih Ancelotti
PENCARIAN pengganti tetap kepada Unai Emery oleh Arsenal kini memasuki era baru dengan dua nama begitu kuat diperkatakan.

Ketika media Inggeris yakin dan percaya bahawa Mikel Arteta merupakan calon pilihan utama pihak pengurusan Arsenal untuk peranan yang masih kosong di Emirates, berbeza pula dengan media Itali.

BACA: Para eksekutif Arsenal bertemu Mikel Arteta

Menurut laporan dari Itali pula, mereka percaya bahawa bekas pengendali Chelsea dan Napoli merupakan calon terbaik yang mampu menyelamatkan Arsenal ketika ini.

Carlo Ancelotti dilaporkan ‘seolah-olah berada di kedudukan terbaik’ untuk jawatan kosong di Arsenal dan pengendali itu mampu mengubah bahagian tengah The Gunners.

Freddie Ljungberg yang menjadi pengendali sementara mempunyai tugas berat dimana beliau perlu berusaha untuk menstabilkan pasukan setelah mengalami kemerosotan.

Namun beliau bagaikan tidak mampu untuk melaksanakan tugas tersebut walaupun pada satu ketika ianya menghadirkan senyuman setelah mencipta kemenangan pertama, ketika menentang West Ham.

Malangnya, ketika menentang Manchester City, pasukan kendalian Ljungberg mengalami kekalahan 3-0 yang menyebabkan ‘pergolakan’ kembali di kem Arsenal.

Dan ini menguatkan lagi kepercayaan dimana seorang pengurus baharu diperlukan dengan segera di Emirates sebelum terlambat.

Arsenal ketika ini berada ditangga ke sembilan liga selepas mengharungi 17 perlawanan dan Carlo Ancelotti dilaporkan tetap berada dalam senarai utama pihak pengurusan The Gunners.

Dan beliau dikatakan mampu menyelamatkan Arsenal daripada terus jahanam.

Kedudukan Liga Ketika Ini

Itulah yang dilaporkan oleh Corriere dello Sport pada hari Isnin, dengan mendakwa bekas pengurus Chelsea itu ‘berada dalam kedudukan terbaik’ untuk tugas di Arsenal.

Laporan Corriere dello Sport pada hari Isnin.

Laporan itu juga mengaitkan kepentingan Napoli terhadap Lucas Torreira, dengan menjelaskan sebarang perubahan kepada pengurus Arsenal sekiranya Ancelotti dipilih, ianya juga dapat mengubah fikiran pemain kebangsaan Uruguay itu mengenai hasranyat untuk kembali ke Serie A.

Unai Emery lakukan kesilapan terhadap Torreira dengan memainkan diposisi yang salah.

Torreira sebelum ini dilaporkan tidak gembira berada di Arsenal, namun itu pada ketika Emery masih berkuasa dan Napoli yang dikatakan berminat terhadapnya, adalah daripada pengendali mereka ketika itu, iaitu Ancelotti.

Laporan itu juga hadir pada hari yang sama dimana Gazzetta dello Sport mendakwa Napoli telah membuat tawaran pinjaman dengan bayaran € 3 juta serta ditambah dengan klausa (pilihan) pembelian wajib dari pihak Gennaro Gattuso telah tiba di London ‘dalam beberapa jam terkini’.

Bagaimanapun, sudah tentu Arsenal perlu memutuskan siapakah pengendali tetap mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai tawaran tersebut (sekiranya benar).

KEMASKINI:

Menurut laporan Sky Sports, Ancelotti kini tiba di London untuk berunding bersama Everton.

Carlo Ancelotti has arrived on Merseyside this afternoon for talks with Everton about becoming the new manager at Goodison Park, Sky Sports News understands.

Sky Sports
About MyGooners 885 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment