Chelsea kini bebas daripada penggantungan.

Frank Lampard mempunyai DNA Chelsea yang kini menjadi pengurus pasukan The Blues.
Pada pagi hari Jumaat ia diumumkan bahawa Chelsea kini boleh menandatangani pemain pada jendela Januari selepas larangan dua jendela perpindahan dikenakan sebelum ini.

Pencabar Liga Juara-Juara Chelsea kini dibenarkan membawa masuk pemain pada jendela perpindahan Januari selepas Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) hari ini memotong separuh penggantungan perpindahan yang dikenakan kepada kelab Liga Perdana itu Februari lalu.

CAS dalam kenyataannya berkata pihaknya juga memotong separuh denda Chelsea kepada 300,000 Swiss francs.

Kelab London barat itu yang juga juara Liga Europa, dikenakan penggantungan selama dua jendela perpindahan oleh badan induk bolasepak dunia FIFA kerana melanggar peraturan mengenai perpindahan antarabangsa dan pendaftaran pemain di bawah 18 tahun.

Chelsea menempuhi penggantungan satu jendela perpindahan pada musim rehat liga.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Chelsea selepas itu, kelab berkenaan mengucapkan terima kasih kepada CAS ‘atas pendekatan bersungguh-sungguh mereka terhadap perkara itu’.

A CAS arbitration procedure was initiated in June 2019, following the receipt of CFC’s appeal, and conducted by a Sole Arbitrator (Prof. Massimo Coccia (Italy)). The club did not file any application for provisional measures but requested that a final decision be rendered before the end of 2019. A hearing was held at the CAS headquarters in Lausanne, Switzerland, on 20 November 2019.

Kenyataan dipetik (via Football London)

Mereka bagaimanapun mengkritik cara FIFA mengendalikan kes itu, mendakwa mereka dilayan tidak sama seperti pencabar Liga Perdana Inggeris Manchester City ‘atas sebab yang tidak masuk akal kepada Chelsea’.

Frank Lampard akan mempunyai dana perpindahan sekitar £ 150 juta untuk dibelanjakan pada bulan Januari jika dia memilih untuk membeli pemain baharu.

About MyGooners 882 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment