Contengan pra-perlawanan Arsenal vs Brighton & Hove Albion (GW 15 PL 2019/20)

Arsenal akan menanti kunjungan Brighton & Hove Albion dalam perlawanan PL ke-15 di Stadium Emirates pada awal pagi Jumaat (waktu Malaysia) nanti.

Misi utama sudah tentu untuk mencari kemenangan pertama setelah gagal untuk melakukannya dalam 8 perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan, rekod yang teruk andai dilihat betapa gahnya status dan kualiti pemain dalam skuad musim ini.

Ramalan kesebelasan utama: Bernd Leno, Calum Chambers, Rob Holding, David Luiz, Kieran Tierney, Joe Willock, Lucas Torreira, Granit Xhaka, Mesut Ozil, Pierre-Emerick Aubameyang, Nicolas Pepe.

Bangku simpanan: Emi Martinez, Sead Kolasinac, Sokratis, Matteo Guendouzi, Bukayo Saka, Reiss Nelson, Alexandre Lacazette.

Formasi: 4-1-3-1-1 / 4-2-3-1

REKOD PERLAWANAN PL MENENTANG BRIGHTON & HOVE ALBION

2017/18

  • 1 OKT 2017: Arsenal 2-0 Brighton & Hove Albion
  • 4 MAC 2018: Brighton & Hove Albion 2-1 Arsenal

2018/19

  • 26 DEC 2018: Brighton & Hove Albion 1-1 Arsenal
  • 5 MAY 2019: Arsenal 1-1 Brighton & Hove Albion

PENJAGA GOL: Bernd Leno sudah tentu akan mengekalkan statusnya sebagai penjaga gol utama dalam perlawanan liga, mengetepikan saingan Emi Martinez dan Matt Macey.

Walau telah membenarkan 21 gol membolosinya dalam 14 perlawanan sebelum ini, Leno masih dilihat sebagai seorang penjaga gol yang baik.

Tanpa aksi tangkasnya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya pihak lawan, sudah tentu Arsenal akan dimalukan dengan kekalahan besar, terutama apabila menentang kelab bawahan seperti Watford, Southampton, dan Norwich City.

Arsenal seri 2-2 dalam kesemua perlawanan menentang kelab-kelab ini.

Leno berada di kedudukan teratas dari segi jumlah bilangan saves paling banyak (59) dalam saingan PL, mengatasi para penjaga gol yang lain

Bernd Leno

PERTAHANAN: Ljungberg mungkin akan menggunakan empat pemain pertahanan seperti yang dia lakukan dalam perlawanan lepas menentang Norwich.

Calum Chambers akan menggalas tugasan Hector Bellerin, yang masih belum pulih dari kecederaan hamstring.

Dia seorang pemain pertahanan yang boleh tahan juga, walau kadang-kadang nampak ‘pancit’ lepas lari naik turun padang.

Shkodran Mustafi dijangka akan berganding lagi dengan David Luiz di bahagian pertahanan tengah, kali ketiga mereka berganding bersama musim ini.

Untuk rekod, mereka hanya melepaskan dua gol dalam dua perlawanan mereka bergandingan bersama.

Kieran Tierney pula catur terakhir di bahagian pertahanan, mengisi slot bek kiri.

Dia dilihat lebih tenang mengawal bola, dan rajin naik ke atas membantu serangan, serta mempunyai crossing bola yang cantik.

Calum Chambers

TENGAH: Joe Willock, Lucas Torreira, Mesut Ozil dan Granit Xhaka mungkin akan bergandingan bersama di bahagian tengah lawan Brighton nanti.

Torreira lebih afdal dan padu bermain di posisi pemain tengah defensif, di hadapan benteng pertahanan.

Joe Willock dijangka akan diarahkan untuk menggunakan stamina dan tenaganya sebagai pemain box-to-box.

Namun dia lebih cenderung mencari ruang untuk menjaringkan gol di dalam kotak penalti lawan, seperti yang selalu dilakukan oleh Aaron Ramsey.

Ljungberg sudah mengenali pemain ini sejak dia menjadi jurulatih skuad akademi musim lepas.

Jadi, dia mesti sudah tahu apa yang harus dilakukan oleh Willock bagi memastikan bahagian tengah Arsenal bertenaga sepanjang perlawanan.

Lupakan Granit Xhaka zaman Unai Emery yang lambat membuat pergerakan bola ke hadapan.

Antara kekuatan Xhaka hantaran bola jauh yang tepat, di samping rembatan padu jarak jauhnya.

Dalam perlawanan menentang Norwich, dia lebih bebas bergerak dan menghantar bola jarak jauh kepada rakan sepasukannya.

Pemain perancang, Mesut Ozil boleh bermain sebagai pemain tengah attacking atau pun bermain di bahagian sayap.

Ozil bijak mencari ruang kosong di kawasan lawan untuk menerima bola sebelum membuat hantaran buka peluang untuk rakan-rakannya menjaringkan gol.

Bermain di hadapan penyokong sendiri di Stadium Emirates, gandingan empat pemain di bahagian tengah lebih stabil dan kreatif.

PENYERANG: Pierre-Emerick Aubameyang dan Nicolas Pepe harus digandingkan bersama kerana kedua-dua pemain ini sangat pantas.

Mesut Ozil boleh memberikan bola yang baik di luar jangkauan pemain pertahanan Brighton andai Auba dan Pepe dapat mencari timing yang betul untuk membuat larian mendapatkan bola hantaran Ozil.

Arsenal hanya menjaringkan lima gol (tiga gol daripada Aubameyang) dari empat pertemuan menentang the Seagulls dalam saingan PL sebelum ini, statistik ini menunjukkan Brighton boleh bermain dengan kemas di bahagian pertahanan untuk menutup ruang dan peluang untuk Arsenal menjaringkan gol.

Nicolas Pepe

Ljungberg telah cuba memainkan gaya permainan Arsenal hujung minggu lepas, cuma gerakan akhir penyudah masih lagi tumpul dan teragak-agak.

Tambahan, dia hanya mempunyai dua hari untuk membuat persiapan sebelum menentang Norwich.

Mungkin dia telah membuat persediaan yang lebih rapi, dan harapan ada perkembangan positif dari pergerakan permainan dan taktikalnya, dan juga sudah tentu keputusan perlawanan.

All the best Arsenal! COYG!

Be the first to comment