Cristiano ke Hollywood?

Bintang Juventus mahu berlakon pada masa depan.

Penyerang Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa beliau ingin menceburi bidang perfileman selepas bersara dari bermain bolasepak.

Ronaldo mungkin telah dikritik untuk beberapa ‘lakonannya’ diatas padang sepanjang kariernya, tetapi bintang Juventus itu telah mendedahkan bahawa beliau mahu mencuba untuk berlakon pada masa depan.

Pemain berusia 34 tahun itu mempunyai reputasi tinggi dalam melakukan ‘diving’ dan berada dalam senarai ke-3 The 15 Biggest Divers in Soccer, yang dikeluarkan Rleacher Report.

Bagaimana pun lakonan beliau diatas padang itu ditenggelamkan dengan kehebatan beliau yang telah banyak menjaringkan gol.

Dan setakat ini lebih daripada 500 gol telah dijaringkan beliau sepanjang kariernya.

Memasuki musim kedua bersama kelab Itali itu, Ronaldo telah menjaringkan 12 gol musim ini dan mengumpul 40 gol untuk keseluruhannya semenjak menyertai Juventus.

Jelas, Ronaldo tidak menunjukkan sebarang tanda yang prestasinya semakin menurun dan menuju ke penamat dalam kariernya pada masa terdekat ini.

Pun begitu, beliau mengakui bahawa beliau akan bersara apabila tidak lagi dapat melakukan apa yang diingini mengitu caranya kelak.

Apabila hari itu tiba, beliau akan berusaha untuk merealisasikan impian besarnya di Hollywood.

Bercakap di Persidangan Sukan Antarabangsa Dubai, Ronaldo berkata:

Beberapa tahun yang lalu, usia pemain bolasepak dapat bermain adalah sehingga 30 ke 32 tahun, tetapi kini anda mendapati mereka yang berumur 40 tahun masih lagi bermain.

Ketika badan saya tidak lagi mampu bertindak balas dengan betul di padang, maka itulah saatnya untuk berhenti.

Saya bercita-cita untuk meneruskan pengajian saya selepas bersara dari bolasepak.

Salah satu perkara yang saya cuba untuk mencabar diri saya, sebagai contoh, berlakon dalam filem.

Saya harap saya hidup lebih daripada 50 tahun untuk mempelajari perkara-perkara baru dan menghadapi pelbagai cabaran dan cuba mencari penyelesaian untuk itu.

Pemenang lima kali Ballon d’Or, Ronaldo telah memenangi Liga Juara-Juara bersama Manchester United dan Real Madrid, serta gelaran liga di England, Sepanyol dan Itali.

Bekas pemain Sporting CP, juara Eropah bersama Portugal pada 2016 dan pemenang Nations League pertamanya tahun ini, percaya kejayaan yang berterusan itu bergantung kepada usahanya.

Rasa cinta terhadap bolasepak adalah motivasi utama dalam mencapai semua gelaran yang pernah saya menang,” katanya.

Tiada keajaiban atau rahsia istimewa dalam kisah kejayaan saya, atau cerita kejayaan lain, tetapi ia adalah dedikasi yang hebat untuk apa yang anda lakukan.

Pada usia 34 tahun, saya masih mempunyai kecergasan melalui ketekunan dan kerja keras untuk mendapatkan gelaran . ”

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment