Connect with us

Arsenal

Cristiano Ronaldo dinobat Pemain Terbaik Serie A Musim 2018/19

Published

on

Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Serie A musim 2018/19 dalam majlis anugerah bolasepak Itali semalam.

Pemain antarabangsa Portugal tersebut menghadiri Gran Gala del Calcio di Milan untuk menerima anugerah tersebut, dan tidak menghadiri majlis Ballon d’Or di Paris pada hari yang sama.

Cristiano Ronaldo

Lionel Messi telah memenangi Ballon d’Or buat kali keenam dalam kariernya, mengatasi rekod lima Ballon d’Or yang pernah dimenangi Cristiano Ronaldo.

Ronaldo dinamakan sebagai pemain ketiga terbaik dunia musim 2018/19, manakala pemain pertahanan tengah Liverpool, Virgil van Dijk di tempat kedua.

Advertisement

“Ianya satu penghargaan untuk menerima anugerah ini,” kata Ronaldo.

“Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan saya di Juventus.

“Saya sangat gembira bermain di Itali, ianya satu liga yang mencabar. Terima kasih kepada mereka yang telah mengundi saya. Saya mahu melakukan yang terbaik juga tahun ini.”

Ronaldo menyertai Juventus dari Real Madrid pada Julai 2018 dan telah membantu kelab dari Turin itu memenangi kejuaraan Serie A buat kali kelapan berturut-turut.

Advertisement

Dia menjaringkan 21 gol dalam liga, dan 28 gol dalam semua kejohanan pada musim lepas.

Gran Gala del Calcio tahun ini juga merupakan tahun pertama pemberian anugerah Pemain Terbaik Wanita. Penyerang AS Roma dan Itali, Manuela Giugliano memenangi anugerah ini.

Manuela Giugliano

Pengurus Atalanta, Gian Piero Gasperini telah memenangi anugerah jurulatih terbaik selepas berjaya mengetuai Atalanta menduduki tempat ketiga musim lepas, dan layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Atalanta juga dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik musim lepas, mengatasi Juventus dan pemenang Piala Itali, Lazio.

“Saya ingin berkongsi anugerah ini dengan seluruh kelab, semua pemain, semua Bergamo kerana kita semua bersama telah melakukan sesuatu yang menakjubkan,” kata Gasperini.

Advertisement

“Kita telah melakukan dengan baik musim lepas, termasuk perlawanan akhir Piala Itali. Dan sebab itu kami memenangi semua anugerah ini.”

Senarai penuh pemenang anugerah Gran Gala del Calcio:

Pemain Terbaik: Cristiano Ronaldo (Juventus)

Jurulatih Terbaik: Gian Piero Gasperini (Atalanta)

Pengadil Terbaik: Gianluca Rocchi

Advertisement

Gol Terbaik: Fabio Quagliarella (Sampdoria lawan Napoli)

Pasukan Terbaik: Atalanta

Kesebelasan Utama Terbaik: Samir Handanovic (Inter); Aleksandar Kolarov (Roma), Giorgio Chiellini (Juventus), Kalidou Koulibaly (Napoli), Joao Cancelo (Juventus*); Miralem Pjanic (Juventus), Josip Ilicic (Atalanta), Nicolo Barella (Cagliari*); Fabio Quagliarella (Sampdoria), Cristiano Ronaldo (Juventus), Duvan Zapata (Atalanta)

Pemain Muda Terbaik Serie B: Sandro Tonali (Brescia)

Advertisement

Pemain Wanita Terbaik: Manuela Giugliano (Milan)

Gol Wanita Terbaik: Thaisa (Milan vs Juventus)

Kesebelasan Utama Wanita Terbaik: Laura Giuliani (Milan); Alia Guagni (Fiorentina), Sara Gama (Juventus), Cecilia Salvai (Juventus), Elisa Bartoli (Roma); Aurora Galli (Juventus), Manuela Giugliano (Roma), Valentina Cernoia (Juventus); Valentina Giacinti (Milan), Ilaria Mauro (Fiorentina), Barbara Bonansea (Juventus)

https://www.youtube.com/watch?v=0-adVc8Tu7Y
Gol back heel Fabio Quagliarella lawan Napoli pada 2 September 2018

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply