Dari Itali: Arsenal hubungi Massimiliano Allegri namun cara yang sama terhadap Tottenham.

Massimiliano Allegri
Gazzetta dello Sport melaporkan Arsenal telah berhubung dengan bekas pengurus Juventus namun beliau menolak tawaran tersebut sebagaimana dilakukannya terhadap Tottenham.

Sebaik sahaja Unai Emery dipecat Arsenal pada petang Jumaat lalu, dakwaan mengenai calon pengganti menjadi topik perhatian.

Sekurang-kurangnya Arsenal perlu mengumumkan siapakah yang akan bertanggungjawab untuk jangka masa panjang perlu dilakukan segera, walaupun pengendali itu bakal memulakan tugas musim hadapan.

Untuk pengendali sementara sudah pun diketahui, namun Freddie Ljungberg juga kita sedia maklum bahawa hanya mampu bertindak selama tiga bulan sahaja.

Nuno Espirito Santo sekali lagi ditekankan sebagai calon pilihan selain Massimiliano Allegri dan Carlo Ancelotti, yang turut diperkatakan ketika ini.

Gazzetta dello Sport kini melaporkan Arsenal telah membuat rundingan bersama Allegri, dengan dakwaan itu dibuat sebelum Unai Emery dipecat.

Walau bagaimanapun, akhbar Itali itu mendakwa bekas pengurus Juventus itu telah menolak tawaran The Gunners, sebagaimana yang mereka turut katakan ketika Tottenham Hotspur cuba mendapatkan Massimiliano Allegri dahulu.

Sebab utamanya adalah kerana Allegri ingin menunggu sehingga musim panas sebelum memutuskan untuk mengendalikan sesebuah kelab baharu dan tidak berminat untuk melakukan tugas-tugas ‘menyelamatkan’ sebuah kelab.

Dan perkara itu adalah mustahil untuk memujuk Allegri melakukan ‘magic’ menyelamatkan sebuah kelab dalam keadaan bahaya untuk bangkit dan berdaya saing serta merta.

Bagaimanapun laporan tersebut mungkin boleh dipertikaikan kerana Tottenham sudah mengenal pasti Jose Mourinho terlebih dahulu sebagai pengendali baharu mereka sebelum menolak Mauricio Pochettino keluar dari pintu Spurs.

Allegri tidak kelihatan seperti pilihan terbaik buat Tottenham dalam melakukan usaha kebangkitan mereka dan mereka telah melakukan kerja-kerja awal sebelum memutuskan tindakan penyingkiran Pochettino.

Berbeza dengan Arsenal yang bagai mengulang kembali cara mencari dan memilih calon pengganti kepada Arsene Wenger.

Buang dahulu, cari kemudian.

Tindakan Arsenal itu bagai mencerminkan tiada usaha awal dan perancangan rapi dilakukan.

Jika perlantikan Emery menemui kegagalan kerana prestasi buruk, adakah ianya bakal berulang kembali dengan calon ‘terburu-buru’ Arsenal kali ini?

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment