Dari Perancis: Arsenal telah ‘memulakan’ rundingan dengan pengurus ‘pilihan’, pampasan perlu dibayar.

Nuno Espirito Santo
Terdapat banyak dakwaan mengenai calon pengganti Unai Emery sebelum pengendali itu meninggalkan Arsenal dan perkara tersebut semakin diperkatakan ketika ini.

Salah seorang individu yang dijangkakan bakal mengambil alih tugas tersebut adalah Nuno Espirito Santo, yang telah melakukan kerja dengan cukup cemerlang bersama Wolves.

Sehingga petang Rabu tidak ada apa-apa yang dilepaskan secara sahih oleh media Portugis tentang sebarang kemungkinan untuk pengendali tersebut (Santo) berpindah ke Emirates, walaupun ianya mungkin berubah satu hari nanti.

Bagaimanapun Mohamed Bouhafsi, seorang wartawan terkenal dan berpengaruh untuk RMC Perancis, melaporkan pada hari Jumaat bahawa Arsenal sudah ‘berbincang’ dengan pihak pengurus Wolves itu,

Wakil dari agensi Jorge Mendes, Gestifute mungkin merupakan individu yang dilaporkan sedang berunding bersama pihak Arsenal.

Santo merupakan klien pertama Jorge Mendes ketika pengurus Wolves itu masih lagi bergelar seorang pemain – penjaga gol, dan hubungan mereka dikatakan masih kekal sehingga kini.

Sekiranya maklumat itu berasal dari sumber Mendes dan ia tidak jelas jika ia benar-benar berlaku, maka itu akan menjadi berita yang amat menggusarkan peminat Wolves.

Ia dinyatakan bahawa Arsenal tidak dapat dielakkan yang mana mereka perlu membayar pampasan kepada Wolves.

Santo dikatakan ‘sangat berminat’ dan digambarkan sebagai sasaran ‘keutamaan’ Arsenal yang kini dibimbing oleh Freddie Ljungberg dan dibantu oleh Per Mertesacker.

Selepas teka-teki bilakah Emery akan dipecat (kini sudahpun terjawab), kini kita semua ternanti-nanti jawapan siapakah yang akan menjadi pengendali tetap Arsenal seterusnya.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Pencarian pengendali baharu Arsenal dipertingkatkan.