Dari Sepanyol: Unai Emery dikatakan menyedari ‘Arsenal sedang bercakap dengan jurulatih lain’.

Awal pagi Jumaat waktu Malaysia, mungkin menjadi salah satu hari yang akan menjadi ingatan dan juga amat menyedihkan dalam sejarah Arsenal baru-baru ini.

Suasana sejuk dan dingin di Emirates ketika menyaksikan pasukan Unai Emery bermain menentang Eintracht Frankfurt, sebelum kalah akhirnya 2-1 kepada pelawat menghadirkan perasaan bercampur.

Gembira dan sedih… Sedih dan gembira.

Dua gol Daichi Kamada menambahkan tekanan kepada pengendali The Gunners itu dan ekspresi Emery sendiri tidak dapat menyembunyikan bahawa dia menyedari apa yang diperkatakan mengenai masa depannya.

Kamada menjaringkan dua gol ketika menentang Arsenal yang menyebabkan The Gunners menyingkirkan Emery dari Emirates.

Di Sepanyol, wartawan Felix Monclus membawa Radio Marca pada hari Sabtu pagi dengan menjelaskan dia yakin pengendali tersebut tahu ‘Arsenal sedang bercakap dengan jurulatih lain’.

Bekas pengurus Sevilla dan PSG dikatakan ‘berada dalam keadaan nazak’ dengan hari-harinya bersama Arsenal.

Khabar angin mengenai usaha Arsenal untuk mendapatkan Luis Enrique telah tersebar di seluruh Sepanyol selama beberapa minggu dan perkara itu masih belum berakhir.

Walau bagaimanapun dengan pengendali Sepanyol itu kembali semula membimbing pasukan kebangsaan negara itu, ianya belum pasti dapat memadamkan khabar angin tersebut.

Ini kerana selepas kekecohan yang Enrique alami sepanjang minggu lalu dengan Robert Moreno, menyukarkan lagi penyebaran khabar angin itu daripada dihentikan.

Pendiriannya adalah jelas bahawa Enrique adalah salah seorang yang Arsenal telah bercakap dengannya dan memandangkan minggu lalu juga ianya telah pun menunjukkan masa depan Emery sudah berada dalam bahaya.

Dan itu jelas menunjukkan satu langkah drastik perlu dilakukan dan perubahan segera perlu dijalankan.

Tambahan, Ketua Bolasepak Arsenal, Raul Sanllehi berasal daripada Bacelona dan mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua pihak.

Adakah benar Arsenal akan ‘di Sepanyol kan’ sekali lagi?

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment