David Moyes pengurus baru West Ham United

David Moyes

West Ham United telah melantik semula David Moyes sebagai pengurus kelab dengan kontrak 18 bulan.

Pengurus Scotland berusia 56 tahun ini akan mengendalikan perlawanan pertamanya menentang Bournemouth pada hari Tahun Baru nanti.

David Moyes

Moyes pernah berada dalam senarai pengurus baru the Hammers 18 bulan lepas, namun gagal mendapatkan jawatan tersebut sebaliknya kelab London itu melantik Manuel Pellegrini.

Pellegrini telah dipecat setelah tewas 1-2 kepada Leicester City kelmarin di Stadium London.

Moyes tidak terpilih untuk menjadi pengurus baru kelab pada 18 bulan lepas, sebalik Pellegrini yang dilantik selepas pemergian Moyes pada penghujung musim 2017/18.

Dia dilantik pada pertengahan musim tersebut menggantikan Slaven Bilic yang gagal mengeluarkan kelab dari zon penyingkiran.

Moyes melakukan tugasannya dengan baik, mengetuai West Ham menamatkan liga pada musim tersebut di tempat ke-13.

Selepas tewas kepada Leicester, skuad bimbingan Pellegrini terkandas di tempat ke-17, satu mata memisahkan mereka dari zon penyingkiran.

“Rasa sangat hebat untuk kembali ke sini. Saya merindui saat saya berada di sini kerana saya sangat menikmati masa saya di sini,” kata Moyes selepas perlantikannya.

“Saya suka berada di sekitar stadium ini, sangat merindui kelab ini dan tak sabar untuk memulakan tugas saya. Saya berasa berbangga dapat kembali ke sini.

“Tetapi yang penting sekarang adalah saya perlu lihat apa yang saya boleh buat, peningkatan yang saya boleh lakukan, bagaimana untuk mencatat kemenangan dengan pemain yang sedia ada dan bagaimana kami boleh mendapatkan kemenangan dengan pantas di atas padang.

“Saya percaya pemain dalam skuad kini lebih baik dari pemain dalam skuad yang saya ambil alih dulu.

“Saya sedia untuk bekerja bersama mereka,” tambah Moyes lagi.

Pengerusi bersama kelab, David Sullivan berkata: “David telah membuktikan beliau mampu mendapatkan keputusan dalam tempoh jangka masa pendek bersama kelab.

“Dan kami percaya dia akan dapat memacu kelab kembali ke arah yang betul.

“Kami gembira dia dapat kembali bersama kami – dia sangat mengetahui hal kelab dan telah membina hubungan yang rapat pada saat yang getir dalam kerja yang perlu dilakukan nanti.”

Selepas menentang Bournemouth, Moyes perlu persiapkan pasukan untuk menentang Gillingham FC dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA.

Semoga berjaya David Moyes!

Be the first to comment