Connect with us

Liga Perdana Inggeris

“Dia mahu membalas dendam”

Published

on

BEKAS pemain bolasepak kebangsaan Itali jelaskan keputusan Ancelotti sertai Everton.

Carlo Ancelotti kembali ke England supaya dapat ‘membalas dendam’ mengikut bekas pemain bolasepak Itali, Ciccio Graziani.

Everton pada hari Sabtu lalu mengesahkan bahawa Ancelotti merupakan pengurus pasukan baharu mereka dengan menandatangani perjanjian empat tahun setengah menggantikan Marco Silva di kelab itu.

Kembalinya beliau ke England hanya dalam beberapa minggu selepas dipecat oleh Napoli awal bulan ini.

Advertisement
  • 23 May 2018 – dilantik menjdai pengurus Napoli.
  • 10 Disember 2019 – dipecat Napoli.
  • 21 Disember 2019 – dilantik menjadi pengurus Everton.
Carlo Ancelotti Pengurus Baharu Everton

Prestasi buruk Napoli dalam saingan liga serta pemberotakan pemain terhadapnya membawa kepada pengakhiran beliau di kelab Itali itu.

Dengan tempoh singkat bersama Napoli, ianya juga telah memberikan kerosakan teruk kepada reputasi Ancelotti, dengan banyak pihak mempersoalkan adakah beliau merupakan orang yang tepat untuk membimbing Everton.

Pun begitu, The Toffees telah melantiknya tanpa mengira perkara itu, dengan ketibaannya dilihat satu kuasa yang diperlukan bagi membantu Everton yang sedang berjuang untuk mengelakkan dari penyingkiran.

Kedudukan Carta Liga Perdana Inggeris Ketika Ini

Walau bagaimanapun, Graziani percaya bahawa peluang yang diberikan kepada Ancelotti di Everton adalah merupakan pentas terbaik untuk membuktikan kehebatan pengendali itu, sekali gus menafikan keraguan semua pihak yang mempersoalkan kredibiliti bekas pengurus Napoli itu.

Francesco Graziani merupakan bekas pemain penyerang Itali.

Ia adalah penyembuhan serta merta untuk pergi ke Everton, ia adalah satu kelegaan besar,” katanya kepada TMW Radio sebagaimana dipetik dari Arena Napoli.

Dia mungkin telah menderita; dia fikir dia telah melakukan sesuatu yang berbeza.

Dia mahu kembali ke England kerana dia menikmati dirinya di sana.

Advertisement

Dia mahu membalas dendam, untuk kembali pulih dalam dunia yang memukau yang pernah diciptanya dan dia suka cabaran di Everton dan projek mereka.

Mungkin tahun depan dia boleh cuba menjadikan pasukan ini lebih kompetitif.

Advertisement