Dua kelab Itali berminat dapatkan Kolasinac.

Jendela perpindahan kedua musim ini bakal bermula kurang dari seminggu sahaja lagi.

Dengan Mikel Arteta kini bersama Arsenal, tumpuan beliau sudah tentu untuk meningkatkan prestasi dan melaksanakan idea-ideanya secepat mungkin.

Pun begitu, jendela perpindahan Januari semakin hampir, tumpuan beliau mungkin sedikit terganggu dengan urusan pembelian pemain dalam mengukuhkan lagi pasukan.

Terdapat kemungkinan ada pemain yang akan dibawa masuk dan juga mungkin ada yang akan dilepaskan.

Pun begitu, salah seorang pemain pertama yang mungkin perlu diputuskan segera Arteta adalah Sead Kolasinac.

Pertahan kiri ini adalah antara pemain yang disukai di Arsenal, terutamanya selepas aksi heronya terdedah di CCTV, tetapi ia juga kelihatan popular di tempat lain.

Menurut Gazzetta Dello Sport, Roma sangat berminat terhadap pertahanan kiri Arsenal itu bersama dengan Napoli yang juga turut dilaporkan berminat setelah laporan sebelum ini mengatakan kem Gennaro Gattuso turut berminat terhadap dua lagi pemain The Gunners.

Dalam satu bahagian yang menceritakan kisah Roma untuk membaiki bahagian pertahanan, termasuklah harapan mereka untuk menandatangani Chris Smalling, pemain pertahanan Arsenal pula digambarkan sebagai ‘minat baru’ untuk pasukan Itali itu.

Laporan Gazzetta Dello Sport

Napoli juga ‘bagaikan’ berminat terhadap pemain berusia 26 tahun itu dengan mencadangkan bahawa Arsenal mungkin akan menghadapi saingan dalam mengekalkan Kolasinac.

Setakat difahami, mereka tidak ada menyebut sama ada kelab Itali itu telah membuat langkah untuk mendapatkan Kolasinac, atau menyatakan tawaran yang akan dibuat mereka, hanya sekadar melaporkan minat yang ada.

Sesungguhnya, Gazzetta bagaikan tidak mengambil kira pemain yang dimiliki Roma ketika ini kerana Alexander Kolarov, pertahanan kiri kelab itu masih menjadi pilihan utama.

Kolarov difahamkan akan menandatangani perjanjian baharu satu tahun, dengan pilihan penyambungan satu tahun lagi.

Dan perkembangan itu pastinya akan membuat Kolasinac kekal di Emirates melainkan Napoli membuat tindakan.

Bagaimanapun, sukar untuk mempercayai Napoli akan bertindak memandangkan mereka turut dikaitkan dengan Torreira dan Xhaka.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Arsenal berunding dengan Napoli untuk Koulibaly. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners