Dua pemain akademi tandatangani kontrak profesional pertama bersama Arsenal

Dua pemain akademi Arsenal, Catalin Cirjan dan Tom Smith telah menandatangani kontrak profesional pertama mereka bersama Arsenal minggu ini.
TOM SMITH

Tarikh lahir: 30 Januari 2002
Posisi: Penjaga gol
No jersi: 78
Warganegara: England
Sertai Arsenal: Julai 2018

Tom Smith

Penjaga gol skuad bawah 18 tahun Arsenal, Tom Smith menyatakan komitmen bersama kelab, dengan menandatangani kontrak profesional pertamanya pada hari Khamis lepas.

Dia membantu pasukannya untuk memenangi U18 Premier League (South Division) musim lepas, berjaya mendapat lima cleansheet dari lapan penampilan.

Produk akademi Hale End ini dipinjamkan kepada Salisbury pada awal musim ini, namun pulang awal ke kelab kerana mengalami kecederaan. Dia mengalami mengalami kecederaan lutut dan buku lalinya pada September lepas.

Dia tetap mendapat pujian daripada pengurus kelab, Steve Caldridge mengenai prestasinya semasa bermain di kelab tersebut.

CATALIN CIRJAN

Nama penuh: Catalin Ionut Cirjan
Tarikh lahir: 1 Disember 2002
Posisi: Pemain tengah
No jersi: 90
Warganegara: Romania
Sertai Arsenal: Julai 2019

Catalin Cirjan

Catalin Cirjan menyertai kelab pada musim panas yang lepas dari Viitorul Domnesti selepas berjaya menarik perhatian jurulatih kelab dalam sesi percubaan.

Prestasinya semasa bersama skuad bawah 18 tahun Arsenal musim ini berjaya meyakinkan kelab untuk menawarkan kontrak profesional pertamanya.

Dan dia bersetuju untuk menandatangani kontrak tersebut semalam.

Pemain tengah perancang dari Romania ini telah membuat tiga assist dalam tujuh penampilan bersama skuad bimbingan Ken Gillard musim ini.

Tahniah diucapkan kepada Tom Smith dan Catalin Cirjan kerana berjaya mendapat dan menandatangani kontrak profesional pertama dalam karier mereka.

Diharap mereka dapat berlatih dengan lebih gigih untuk mempertingkatkan permainan dan bermain bersama skuad utama pada masa akan datang.

Be the first to comment