Connect with us

Arsenal

Eddie Nketiah mungkin dipanggil kembali ke Arsenal

Published

on

Penyerang muda Arsenal, Eddie Nketiah mungkin akan dipanggil pulang ke kelab dari tempoh pinjaman di Leeds United.

Nketiah menyertai skuad Marcelo Bielsa untuk tempoh pinjaman semusim pada Ogos lepas. Penyerang berusia 20 tahun ini sudah menjaringkan lima gol dalam 13 penampilan dalam semua kejohanan musim ini.

Eddie Nketiah

Dia menjadi pemain pilihan kedua Bielsa untuk bermain di posisi penyerang di belakang Patrick Bamford, dan membuat kesemua 11 penampilan dalam Championship sebagai pemain gantian.

The Gunners ternyata tidak gembira dengan kurang minit bermain yang diberikan kepada Nketiah sebelum dia mengalami kecederaan badan, yang menyebabkan dia diketepikan selama sebulan.

Arsenal sudah menghubungi Leeds untuk menyatakan kerisauan mereka mengenai situasi Nketiah di sana pada awal musim ini, namun situasi nampaknya masih belum ada apa-apa perubahan.

Advertisement

Tempoh pinjaman Nketiah di Elland Road mungkin akan dipendekkan sehingga hujung bulan ini, sebelum Arsenal membuat keputusan sama ada mahu memberikannya peluang bersama skuad utama kelab atau berpindah ke kelab lain secara kontrak pinjaman juga.

Bristol City dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini, dan pernah mencuba untuk mendapatkannya pada musim panas ini. Mungkin mereka boleh mencuba lagi pada Januari akan datang?

Pengendali sementara Arsenal, Freddie Ljungberg memberi bayangan bahawa dirinya dan kelab tidak gembira dengan situasi yang berlaku ke atas penyerang skuad bawah 21 England itu.

Ljungberg pernah melatih Nketiah semasa dia menjadi jurulatih pasukan akademi kelab musim lepas.

Advertisement

“Saya perlu berhati-hati [dengan apa yang saya mahu katakan] tetapi saya rasa Eddie adalah seorang pemain yang bagus. Jika dia keluar dengan kontrak pinjaman, kami mahu dia bermain lebih banyak minit permainan.

“Saya rasa kasihan dengan dia kerana dia seorang pemain yang hebat dan merupakan masa depan kelab ini. Dia akan menjaringkan gol bila ada peluang di hadapannya, dan itulah dirinya.

Advertisement