Edinson Cavani bakal tinggalkan Paris Saint-Germain.

Ke manakah destinasi berikutnya pemain ini?

Pemain serangan Paris Saint-Germain, Edinson Roverto Cavani Gomez dilaporkan akan meninggalkan kelab Paris tersebut secara percuma pada musim panas akan datang.

Kelab La Liga Sepanyol, Atletico Madrid dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini seawal Januari tahun depan, namun agak sukar untuk melakukannya kerana permintaan gaji Cavani yang tinggi.

Dia menerima hampir £15 juta setahun dalam kontraknya bersama PSG kini.

Edinson Cavani

Menurut laporan daripada media Sepanyol El Mundo Deportivo, Atletico sudah mencapai cap gaji maksima buat masa ini dan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung kehadiran Cavani pada Januari nanti.

Cavani mempunyai baki enam bulan lagi dalam kontrak sedia ada, dan juara bertahan Ligue 1 dilaporkan tidak mahu memperbaharui kontraknya.

Kecederaan kepada penyerang utama kelab, Diego Costa telah mendesak pengurus kelab, Diego Simeone untuk mencari pemain baru di posisi tersebut secepat mungkin.

Cavani kurang mendapat minit permainan bersama PSG musim ini, hanya bermain 11 perlawanan dan menjaringkan tiga gol.

Dua gol dijaringkan dalam perlawanan Ligue 1 menentang Nimes dan Rennes, manakala satu gol dijaringkan dalam kemenangan 5-0 ke atas Galatasaray dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Be the first to comment