Ejen Mohamed Elneny nafi perbincangan mengenai perpindahan Elneny ke AC Milan

Ejen pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny menafikan akan perkhabaran Elneny mahu berhijrah ke AC Milan.

Dia telah dipinjamkan ke kelab Turki tersebut sehingga hujung musim ini.

Dan walaupun telah dibuang padang dalam perlawanan pertamanya menentang Gaziantep FK pada September lalu.

Mohamed Elneny dikenakan penggantung tiga perlawanan oleh Lembaga Disiplin Bola Sepak Turki kerana melakukan kekasaran terhadap lawannya.

Selepas kembali dari penggantungan tiga perlawanan, dia telah bermain di posisi pemain tengah defensif, dan telah memberikan aksi yang baik sehingga menarik minat kelab-kelab Eropah yang lain.

Dan AC Milan antara kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Walau apapun perkhabaran yang melingkari pemain antarabangsa Mesir ini, dia tidak memikirkan langsung mengenainya dan hanya memberikan fokus untuk melakukan yang terbaik untuk Besiktas, menurut kata ejennya Christian Emile dari Base Soccer.

“Saya tidak berasa terkejut dengan spekulasi yang diterima Elneny ini. Ianya merupakan satu pujian, penghormatan ke atas permainan baik yang ditunjukkannya di Turki dan Europa League,” kata Emile.

“Tetapi Mohamed hanya fokus untuk mencapai sasarannya bersama Besiktas ketika dalam tempoh pinjaman dari Arsenal.”

Elneny sudah bermain 17 perlawanan untuk Besiktas dalam semua kejohanan musim ini setakat ini.

1 Trackback / Pingback

  1. Elneny sertai Milan Januari ini, Besiktas nafikan dakwaan bapa Elneny. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners