Connect with us

Arsenal

Elneny jadi rebutan beberapa kelab termasuklah kelab Inggeris dan Sepanyol.

Published

on

Besiktas menerima saingan kelab Inggeris dan Sepanyol dalam usaha mereka menandatangani Elneny secara kekal.

Pemain yang dipinjamkan ke kelab Turki, Mohamed Elneny mungkin tidak diperlukan di Arsenal, namun itu tidak bermakna beliau tidak diperlukan sepenuhnya dan tidak dipandang tinggi.

Besiktas, yang menjadi majikan dalam tempoh pinjaman semusimnya di Turki dilaporkan sedang usaha untuk berunding bersama Arsenal untuk melanjutkan tempoh pinjaman.

Pun begitu, usaha mereka (Besiktas) mungkin terganggu apabila laporan Sozcu mengatakan pasukan dari Sepanyol, Valencia berminat untuk menandatangani pemain tengah Arsenal itu, turut sama dilaporkan adalah kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City.

Keratan Laporan Sozcu

Pemain antarabangsa Mesir itu berada dalam prestasi terbaik dengan mempamerkan aksi yang mengagumkan bersama Besiktas,.

Dan beberapa laporan sebelum ini daripada media Turki mengatakan bahawa Black Eagles ingin membuat perpindahan tetap terhadap Elneny di penghujung musim ini.

Advertisement

Bagaimanapun, Sozcu melaporkan peluang Besiktas untuk mendapatkan Elneny adalah tipis, dengan tuntutan Valencia juga berminat untuk menandatangani pemain itu pada musim panas akan datang.

Ia juga mendakwa Leicester City, AS Roma dan AC Milan juga sedang berusaha untuk menandatangani pemain berusia 27 tahun itu.

Tetapi pendirian Arsenal mengenai masa depan pemain tersebut masih tidak jelas pada tahap ini.

Besiktas tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk bersaing dengan Leicester City dan kelab-kelab lain, dan ini mungkin menyebabkan risiko kehilangan pemain itu pada musim depan.

Advertisement

Bekas pemain Basel telah membuat 13 penampilan untuk pasukan Super Lig musim ini dalam semua pertandingan.

Kontrak Eleney bersama Arsenal akan tamat pada akhir Jun 2022.

Advertisement