Connect with us

Arsenal

Elneny sertai Milan Januari ini, Besiktas nafikan dakwaan bapa Elneny.

Published

on

Kisah perpindahan pemain pinjaman Arsenal, Mohamed Elneny yang semakin kuat diperkatakan.

Pemain Arsenal, Mohamed Elneny telah menyertai Besiktas secara pinjaman dengan tempoh perjanjian semusim, dan setakat ini prestasi beliau sangat memberi kesan kepada kelab Turki itu.

Awal bulan lalu, laporan dari Turki mengatakan bahawa Besiktas akan menghadapi persaingan dari Valencia dan Leicester City untuk menandatangani pemain tengah Arsenal ini secara tetap.

BACA juga: Kekangan kewangan halang Besiktas bawa Elneny secara kekal.

Advertisement

Seminggu yang lalu, Tuttosport melaporkan Milan juga mengenal pasti pemain antarabangsa Mesir itu sebagai sasaran perpindahan Januari.

Laporan Tuttosport yang mengatakan 3 pemain Arsenal menjadi buruan kelab Itali, Grant Xhaka, Lucas Torreira dan Mohamed Elneny.

Kini, Calciomercato pula menyatakan pihak Serie A berhajat untuk menandatangani pemain berusia 27 tahun itu semenjak beberapa bulan yang lalu.

Dan turut mengatakan bahawa Elneny kini mempunyai peluang untuk menyertai mereka pada Januari nanti dengan mendakwa pemain itu semakin menghampiri San Siro.

Malah mereka turut menceritakan dimana Sacha Empacher, pengarah agensi perundingan Sukan Spocs, telah bertemu dengan pegawai Milan beberapa kali pada musim panas lepas ketika berunding untuk Ozan Muhammed Kabak, yang akhirnya menyertai Schalke dari VfB Stuttgart pada musim panas.

Dan itu menjelaskan mengenai minat dan pemain sasaran AC Milan.

Advertisement

Menurut laporan itu, Milan mahu mendapatkan pemain tengah berpengalaman dan kini sedang ‘mempertimbangkan untuk melengkapkan perjanjian’ mendapatkan Elneny.

Di samping itu, pihak Milan juga mempunyai ‘perasaan positif’ mengenai kemungkinan perpindahan akan berlaku pada Januari ini.

Laporan itu diikuti dengan tuntutan yang dibuat oleh bapa Elneny mengenai minat yang ditunjukkan Milan.

Rundingan antara Mohamed [Elneny] dan Milan berada di peringkat akhir, tetapi kontrak belum ditandatangani,” kata Nasser kepada saluran TV Sada Al Balad.

Advertisement

Mereka telah memperbaharui minat terhadap anak saya dan beberapa jam lagi boleh menjadi penentu bersama Milan.

Dia bermain dengan baik bersama Besiktas tetapi mahu beralih ke liga yang lebih kuat, di Milan.

Bagaimanapun dakwaan bapa Elneny itu dinafikan pihak dengan segera oleh pengarah sukan Besiktas, Ali Naibi.

Bercakap mengenai pemain tengah Arsenal itu kepada Ntv spor, Naibi berkata Elneny akan kekal bersama Besiktas sehingga akhir musim ini.

Advertisement

Tidak ada klausa dalam kontraknya untuk meninggalkan kelab pada Januari.

Kami bersetuju dengan perjanjian pinjaman jangka panjang bersama Arsenal.

Saya tidak tahu mengapa ayahnya mengatakan perkara-perkara ini, tetapi saya dapat mengesahkan bahawa dia akan kekal di kelab sehingga akhir musim.”

Elneny telah menjadi pemain penting buat Besiktas dalam usaha mereka mendaki carta liga dan pengurus kelab, Abdullah Avci amat meminati pemain Arsenal ini.

Advertisement

Dengan pihak Besiktas kini berada dalam situasi cemerlang untuk mencabar kejuaraan liga, sudah pasti pengurus mereka mahukan Eleney menghabiskan musim ini bersama mereka.

Kedudukan terkini Liga Turki.

Masa depan Eleney bersama Arsenal juga kelihatan tidak menentu dan beliau harus segera serta perlu membuat keputusan penting pada musim panas nanti, di mana dia harus bermain musim depan.

Elneny telah membuat 17 penampilan untuk Besiktas dalam semua pertandingan musim ini.