Emery mangsa warisan toksik dan pemain tidak berguna Arsenal.

Unai Emery terpaksa berdepan dengan warisan toksik dan pemain tidak berguna Arsenal.

Unai Emery hanya berada 18 bulan bersama Arsenal walaupun musim pertama beliau dianggap ‘penyelamat’ dengan 22 perlawanan tanpa kalah.

Namun musim kedua beliau di Emirates bagaikan semua tidak kena apabila gagal menghadirkan sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan yang seterusnya membuatkan dirinya disingkir.

Unai Emery admitted Arsenal need to fix their leaky defence after Southampton’s Charlie Austin punished a howler from Bernd Leno to seal a shock 3-2 win that ended the Gunners’ 22-match unbeaten run on Sunday (Dec 16).

Channel News Asia (17 Disember 2018)

Dan menjadi kebiasaan apabila seseorang pengurus ataupun pengendali luar yang mengemudikan kelab Liga Perdana Inggeris akan mendapat sokongan daripada media negara asalnya apabila pengurus ataupun pengendali itu dipecat.

Kelab akan dipersalahkan dan mereka (media negara kelahiran pengendali/pengurus) akan menjelaskan masalah yang dihadapi adalah bukan tanggungjawab pengurus/pengendali itu sepenuhnya.

Dan Unai Emery yang berasal dari Hondarribia di wilayah Gipuzkoa, iaitu Basque dan media negara kelahirannya menerbitkan satu artikel yang mempertahankan kedudukan bekas pengendali Arsenal itu.

Pada hujung minggu lalu, Noticias de Gipuzkoa menerbitkan sebuah artikel yang mereka fikirkan dengan jelas punca mengapa Arsenal memecat pengendali itu, dan beberapa layanan yang diperolehi Emery sepanjang tempoh berada di Emirates.

Emery y el legado tóxico de Wenger

Noticias de Gipuzkoa pada 30 November 2019.

Dengan tajuk ‘Emery dan warisan toksik Wenger‘, begitu jelas di mana artikel itu akan diperkatakan.

Emery digambarkan sebagai ‘mangsa’ terhadap apa yang berlaku di sebelum ketibaanya dan perasaan ketidaksabaran yang telah wujud di Arsenal untuk tempoh yang lama.

Ia mendakwa Arsenal berakhir dengan ‘hubungan toksik’ dengan Arsene Wenger, dengan sindiran itu, sesiapa saja yang mengambil alih tugas di Emirates akan menghadapi perjalanan yang sangat sukar.

Perjalanan penuh dengan kebencian dan perasaan tidak sabar dalam menghidupkan dan mengembalikan kehebatan Arsenal.

Mungkin satu aspek dakwaan akhbar itu yang tidak boleh dibantah adalah seperti berikut: ‘Peminat dan juga media Inggeris mengejeknya secara kebudak-budakan dan usahanya untuk mengucapkan bahasa Shakespeare.’

Mengambil kira skuad dengan barisan serangan yang hebat, ia menyatakan ‘bertentangan pada posisi lain skuad yang ada’ dalam laporan itu.

Mesut Ozil tidak diperlukan lagi dengan prestasi pemain itu semakin menurun, Granit Xhaka dilabelkan sebagai salah seorang pemain Arsenal yang ‘tidak berguna’, dan pertahanan kelab juga digambarkan sebagai ‘tidak dapat bersaing dalam Liga Perdana’.

Dengan skuad cukup padu daripada Manchester City dan Liverpool, dan tidak sehebat Arsenal atau Chelsea, Noticias de Gipuzkoa percaya penamat di kedudukan kelima tahun lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris dapat difahami.

Dan mereka juga menambah: ‘Mungkin perlawanan akhir di Baku melawan Chelsea dapat memberikan Emery lebih banyak kredit, tetapi kekalahannya itu menjadi titik permulaan pengakhiran kariernya di Emirates’.

David Luiz yang dibawa masuk ke dalam barisan pertahanan dihina, namun Emery tidak terlepas daripada menerima kecaman dan kesalahan itu dan ianya menjadikan pengendali itu sebahagian daripada masalah tersebut.

Walau bagaimanapun, mereka menyatakan dengan jelas, pada pendapat mereka, mana-mana pengurus akan menghadapi satu situasi dimana memerlukan ‘kesabaran yang sangat tinggi’ ekoran kekecewaan yang ditinggalkan Wenger.

Perasaan kecewa dan marah peminat serta penyokong pada era Wenger diwarisi dan diteruskan pada waktu pengendali baharu Arsenal yang seterusnya.

Warisan toksik Wenger dan pemain tidak berguna Arsenal menjadi masalah yang perlu dihadapi pengurus baharu The Gunners.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment