Everton keluarkan kenyataan mengenai pengurus baru yang mengaitkan Carlo Ancelotti.

Kenyataan dikeluarkan Everton
KENYATAAN rasmi Everton berhubung khabar angin yang mengaitkan bekas pengendali Napoli yang dikatakan telah bersetuju dengan mereka untuk menjadi pengurus baharu.

Carlo Anceotti begitu banyak dikaitkan dengan kelab bolasepak ketika ini selepas dipecat Napoli minggu lalu.

Dan beliau ketika ini kuat diperkatakan bakal mengisi kekosongan di Goodison Park, dengan beberapa laporan pada hari Isnin menunjukkan bahawa dia telah pun bersetuju secara dasarnya bersama Everton.

Everton telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa tiada keputusan telah dibuat dalam pencarian mereka untuk pengurus baharu, walaupun laporan mengatakan bahawa Carlo Ancelotti telah bersetuju untuk menyertai kelab itu.

Dakwaan meluas pada hari Isnin menyatakan bahawa bekas pengendali AC Milan, Chelsea, Real Madrid, Bayern Munich dan Napoli, Ancelotti kini menjadi calon kegemaran untuk tugas di Everton, dengan rundingan telah pun berlangsung antara beliau dan pemilik kelab, Farhad Moshiri.

Tetapi Everton mengambil langkah mengejutkan dengan mengesahkan bahawa tiada tawaran telah dibuat dalam satu kenyataan, yang dibaca:

Dalam 11 hari sejak Marco Silva meninggalkan Kelab, Ahli Lemgbaga Everton telah berusaha untuk merekrut seorang pengurus tetap baharu – dan telah mengadakan perbincangan dengan beberapa calon.

Kami dapat mengesahkan bahawa setakat ini tiada tawaran kontrak telah dibuat dan tiada calon telah memilih untuk menarik diri dari proses itu.

Walaupun kelab berminat untuk mendapatkan pengurus tetap baharu secepat mungkin, satu-satunya tugas penting ialah pelantikan yang betul dibuat.

Semasa proses kami berlanjutan, Duncan Ferguson akan kekal sebagai pengurus sementara dan akan mengetuai pasukan untuk perlawanan suku akhir Piala Carabao pada malam Rabu menentang Leicester City.

Begitu banyak laporan mencadangkan Ancelotti telah terbang ke England untuk mengadakan perbincangan bersama Everton, dengan beberapa laporan menyatakan dia berada di Merseyside dan yang lain mengatakan beliau berada di London.

Laporan berasingan juga menyatakan bahawa pengurus berusia 60 tahun itu berada di Rom.

Kenyataan dikeluarkan Everton
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment