Everton pecat Silva

Everton telah memecat Marco Silva selepas kekalahan 5-2 kepada Liverpool pada derby Merseyside.

Kekalahan tersebut membuatkan mereka menghuni tangga ke-18 Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Silva tiba pada Mei 2018 dan membawa Everton tempat kelapan musim lepas, namun kini mereka hanya menang satu dalam enam perlawanan dan hanya memungut 14 mata dari 15 perlawanan Liga Perdana musim ini.

Beberapa calon sedang dipertimbangkan untuk mengambil alih peranan Silva dengan bekas pengurus, David Moyes merupakan salah satu nama dalam senarai itu.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment