Connect with us

Arsenal

Freddie Ljungberg puas hati.

Published

on

Freddie Ljungberg mengendalikan perlawanan terakhirnya sebagai jurulatih sementara dengan mencatatkan keputusan seri 0-0 dengan Everton.

Dengan satu kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan termasuklah satu perlawanan Liga Europa, Ljungberg mengakhiri tugasan sementara yang diamanahkan kepada beliau.

Bermula hari ini (Ahad), Mikel Arteta akan mengendalikan tugasan pertamanya selepas dilantik menjadi Ketua Jurulatih Arsenal.

Sepanjang tempoh Ljungberg mengendalikan Arsenal, barisan pemain beliau telah menjaringkan lapan gol dan membenarkan pihak lawan merobek 10 kali.

Advertisement

Dan sepanjang tempoh itu juga, Ljungberg telah memberi peluang kepada 23 pemain untuk membuktikan kehebatan masing-masing.

Kata-kata selepas perlawanan menentang Everton

Walaupun beliau kecewa dengan keputusan malam tadi (sekadar seri tanpa jaringan) namun beliau secara keseluruhannya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan pemain sepanjang beliau bertanggungjawab.

Malah beliau turut memberikan penghargaan kepada pemain yang mampu mengekang asakan lawan, yang disifatkan Ljungberg sebagai pasukan kuat setelah mereka (Everton) berjaya menewaskan Chelsea (3-1) di Goodison Park selain mengikat Manchester United (1-1 di Old Trafford) sebelum perlawanan malam tadi.

Mengakui kecewa dengan prestasi pemain dan pasukan ketika menentang Manchester City dengan menyifatkan mereka tidak begitu berani dan bertenaga, Ljubgberg menurunkan skuad dengan pemain muda ketika menentang Everton, yang mana beliau yakin mereka mampu memberi cabaran kepada lawan dan tampil lebih bertenaga.

Advertisement

Dan beliau berpuas hati dengan penampilan mereka malah turut gembira kerana sepanjang tempoh beliau bergelar pengendali sementara, beliau telah memberikan peluang kepada ramai pemain untuk beraksi.

I think I’ve given everybody a chance to play. If people then run and try hard in training, I would reward them and these boys have been doing that for three weeks. I felt like, ‘OK, this is your time so show me’. They did. They really, really put an effort in there and I’m really proud of them. Freddie Lungberg via Arsenal

Ljungberg turut menzahirkan terima kasih tidak terhingga kepada Per Mertesacker yang banyak membantu beliau walaupun pengurus akademi itu terikat dengan jadual begitu ketat.

Menjelaskan kenapa beliau tidak menurunkan Ozil pada perlawanan menentang Everton, Ljungberg menerangkan bahawa pemain itu mengalami kecederaan.

Tindakan Ozil menyepak sarung tangan ketika dikeluarkan merupakan tindakan yang tidak boleh diterima Arsenal.

Pun begitu, beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak akan menurunkan pemain itu kerana tindakan Ozil ketika perlawanan menentang Manchester City, yang mana tidak boleh diterima oleh dirinya dan juga peminat.

Pada perlawanan menentang City, Ozil telah menendang sarung tangannya ketika dikeluarkan dan Ljungberg telah bercakap kepada Ozil serta menerangkan kepadanya bahawa tindakan itu bukanlah budaya yang diamalkan di Arsenal dan ianya tidak boleh diterima di kelab.

Advertisement

At Arsenal, that’s not how we behave and not what we doFreddie Ljungberg mengenai tindakan Ozil.

Walaupun Arteta kini menjadi Ketua Jurulatih Arsenal, namun kelab masih berminat untuk mengekalkan Ljungberg bersama pasukan dan peranan beliau masih belum dimuktamadkan lagi.

Ljungberg dilaporkan akan berbincang bersama Arteta hari ini.

Beliau sebelum menggalas peranan pengendali sementara, merupakan pembantu jurulatih kepada Unai Emery.

Advertisement