Gara-gara abang, peminat mahukan lilitan kapten digugurkan dari Auba.

Kontroversi terus melanda Arsenal dan kapten pasukan.

Sebelum ini, Granit Xhaka mencetuskan kontroversi apabila memaki penyokong yang menyebabkan beliau dilucutkan peranan kapten pasukan.

Dan tugas itu kemudiannya diberikan kepada Aubameyang.

Pun begitu, Auba turut mencetuskan kontroversi semenjak mengambil alih peranan kapten pasukan.

Status Auba yang mencetuskan kontroversi dan tanda tanya sebelum ini.

Jika sebelum ini tindakan Aubameyang yang bergambar dengan salah seorang penyumbang terbesar kepada kandungan AFTV iaitu Troopz telah mencetuskan kemarahan penyokong, kali ini beliau sekali lagi membangkitkan kemarahan penyokong.

Auba bersama Troopz.

Dan sekali lagi AFTV juga terlibat.

Cuma sedikit berbeza kali ini dimana ianya berpunca daripada tindakan abangnya, Willy yang mempersoalkan tindakan Arsenal untuk melantik Arteta sebagai pengganti tetap kepada Unai Emery.

Komen Willy pada posting Instagram AFTV yang mengatakan Ljungberg dengan Arteta tidak banyak beza yang mana kedua-dua mereka tidak mempunyai pengalaman, mencetuskan kemarahan penyokong The Gunners.

Ljungberg Arteta is the same, no experiance.

BACA: Abang Aubameyang kecewa dan marah dengan keputusan Arsenal.

Sebahagian peminat dan penyokong mendesak supaya Aubameyang tidak memberikan sebarang reaksi kepada komen abangnya itu

Dan ada juga yang mengatakan bahawa tindakan Auba yang mendiamkan diri berhubung komen itu membawa kepada kesangsian mengenai peranan kapten yang digalasnya, dengan menyifatkan beliau tidak layak menjadi kapten pasukan.

Willy tidak gembira dengan tindakan Arsenal yang cuba menandatangani Arteta selaku ketua jurulatih baharu.
REAKSI MARAH PENYOKONG

Komen-komen lain:

“Tugas pertama Arteta adalah untuk melepaskan Aubameyang dari peranan kapten. Dia bukan contoh yang baik. ”

“Jujur sekali jika pendapat itu juga mewakili Aubameyang, maka peranan kaptennya perlu dilucutkan, tidak boleh dijadikan kapten di tempat pertama secara jujurnya.”

” Bahkan Lacazette adalah kapten yang lebih baik daripada Aubameyang dan saya berharap Arteta mengetepikannya.”

“LMAO apa yang saya katakan kepada kamu tentang Aubemeyang ?? Lelaki ini sedang membawa masalah, masih tidak percaya dia sebenarnya adalah kapten.”

“Di mana sahaja dia pergi, ia menyebabkan perpecahan dengan sikap dan perangai buruknya, sebab itulah dia berada di Dortmund selama sekian lama.”

“Perlu melepaskan Aubameyang dari peranan kapten dengan segera selepas Arteta tiba.”

“Bagi saya sebagai kapten kelab, anda tidak dapat mengaitkan diri dengan AFTV, dengan mengetahui bahawa mereka menghantam rakan sepasukan anda sendiri untuk tontonan. Atau membenarkan keluarga anda menyuarakan pendapat negatif dalam talian mengenai kelab. ”

ADAKAH AUBAMEYANG TERKENA SUMPAHAN KAPTEN?

Arsenal mempunyai sejarah ataupun rekod dimana apabila seorang pemain menggalas peranan kapten, ia selalu berakhir dengan ‘keburukan’.

Sama ada buruk untuk pemain atau kelab dan mereka (kapten) selalunya tidak kekal lama bersama pasukan, ditinggalkan ataupun dilepaskan.

William Gallas, Cesc Fabregas, Robin van Persie, Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny, dan Arteta sendiri telah mengalami ‘sumpahan’ itu.”

Sumpahan Kapten Arsenal
MAMPUKAH ARTETA MENGUBAH ARSENAL

Aubemeyang secara jelas telah mengakui hubungan rapatnya dengan AFTV, walaupun beliau menganggap ianya adalah sebagai hubungan peribadi bersama penyokong The Gunners.

Sebelum ini Arsenal telah melarang AFTV untuk menggunakan nama yang mengaitkan kelab dan tindakan Auba itu nyata tidak disenangi oleh peminat dan penyokong, malah juga dikalangan rakan sepasukan.

Dan kapten Arsenal itu, Aubemayeng telah dilihat menyukai (like) beberapa posting yang dibuat pada laman Instagram AFTV yang menghentam bekas pengedali, Unai Emery.

Tindakan itu jelas menunjukkan Auba sememangnya tidak mempunyai kredibiliti sebagai kapten pasukan.

Kini dengan Arteta semakin hampir untuk diumumkan sebagai pengendali baharu Arsenal, mampukah beliau mengubah pasukan, pemain bermasalah dan masalah dalaman lain yang dilihat semakin nazak.

Rekod Arteta bersama Arsenal selaku pemain.

Kisah ini menunjukkan Aubameyang mungkin tidak teruja dengan berita pelantikan Arteta, yang mungkin akan memberi khabar angin mengenai perpindahan beliau ke Real Madrid.

Bintang bekas bintang Borussia Dortmund dilaporkan telah bertindak menghentikan rundingan pembaharuan kontrak bersama Arsenal, selepas dikatakan bosan dengan kelab yang gagal menjulang sebarang trofi serta gagal beraksi di Liga Juara-Juara.

Beliau hanya mempunyai 18 bulan lagi dalam kesepakatannya dan difahamkan bahawa pihak pengurusan Arsenal bersedia untuk membiarkan dia pergi bulan depan dengan nilai perpindahan sebanyak £ 60 juta, nilai yang sama dikeluarkan ketika mendapatkan Auba pada tahun 2018.

Kontrak pemain Arsenal yang bakal berakhir.
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Respon Ian Wright kepada mereka yang tidak yakin dengan Arteta. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners