Connect with us

Highlights

Highlights | Everton 3-1 Chelsea.

Published

on

Pengendali sementara Everton, Duncan Ferguson cetus kebangkitan Everton.

Pada aksi pertembungan tradisi di Goodison Park skuad kendalian beliau berjaya menewaskan Chelsea 3-1.

Dan keputusan tersebut sekaligus membuatkan Everton terkeluar daripada zon penyingkiran Liga Perdana malam tadi.

Duncan Ferguson

Bekas penyerang Everton itu memulakan tugas pertamanya selepas menggantikan Marco Silva yang dipecat baru-baru ini.

Dan dua gol dijaringkan Dominic Calvert-Lewin selepas Richarlison menjaringkan gol pembukaan memberi gambaran bahawa tindakan Ferguson dalam mengubah tahap agresif pasukan menerusi formasi 4-4-2 dilihat amat berkesan pada perlawanan tersebut.

Advertisement

Pelawat cuba merapatkan jurang apabila Mateo Kovacic meledakkan gol pada minit ke-52 untuk kedudukan 2-1 buat sementara.

Namun aksi bersemangat pemain Everton di hadapan penyokong sendiri dan membalas balas kepercayaan Ferguson menerusi persembahan bertenaga, membuatkan mereka menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-1.

Ferguson Ketika Beraksi Untuk Everton Pada 2004

Begitupun, warga Scotland itu berkata dia tidak akan menjadikan persembahan baik itu untuk meminta jawatan sebagai pengurus tetap.

Sejujurnya, saya tidak akan bertanya mengenai jawatan itu.

Saya hadir ke sini kerana Everton.

Advertisement

Ia pengalaman yang sukar dipercayai.

Salah satu yang sukar saya lupakan.

Kami mahu pengurus terbaik dalam dunia di Everton.

Ia bukan hanya mengenai satu perlawanan. Ia adalah satu keputusan.

Advertisement

Keputusan itu menyaksikan Everton kini melonjak ke tangga ke-14 dengan 17 mata, dua mata mengatasi zon penyingkiran.

Sementara skuad Chelsea kendalian Frank Lampard kekal di kedudukan keempat liga dengan 29 mata selepas mengharungi 16 perlawanan.

Advertisement