Ibrahimovic pulang kembali ke Milan.

Zlatan Kembali Ke Itali
Zlatan Ibrahimovic kini adalah pemain Milan.

Pemain Sweden itu telah kembali ke San Siro selepas tujuh tahun meninggalkan kelab itu.

Selepas menamatkan tempoh bersama di Paris Saint-Germain dan Manchester United, Ibrahimovic menghabiskan lebih 18 bulan di MLS bersama LA Galaxy.

Dan selepas berakhirnya kontrak beliau di MLS, dia mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan kelab itu.

Sekarang pemain berusia 38 tahun itu kembali ke Eropah dan ingin membantu memulihkan reputasi Milan sebagai salah sebuah kelab terbesar di dunia.

Ia telah disahkan bahawa penyerang veteran itu akan bermain untuk Rossoneri dengan kontrak enam bulan tetapi mempunyai pilihan penyambungan setahun selepas berakhirnya tempoh singkat itu.

Saya kembali ke kelab yang sangat saya hormati dan bandar yang saya sayangi,” katanya kepada laman web rasmi kelab itu.

Saya akan berjuang bersama rakan sepasukan saya untuk mengubah musim ini dan saya akan melakukan segala-galanya untuk mencapai matlamat kami itu.

Rekod mewaki pasukan/kelab:
Tahun KelabPenampilanGol
1999–2001 Malmö FF 40 (16)
2001–2004 Ajax 74 (35)
2004–2006 Juventus 70 (23)
2006–2009 Inter Milan 88 (57)
2009–2011 Barcelona 29 (16)
2010–2011 → Milan (loan) 29 (14)
2011–2012 Milan 32 (28)
2012–2016 Paris Saint-Germain 122 (113)
2016–2018 Manchester United 33 (17)
2018–2019 LA Galaxy 56 (52)
2020– Milan 0 (0)
About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment