Iwobi terlepas peluang beraksi di bawah Ancelotti.

Penyerang Everton, Alex Iwobi diragui tahap kecergasannya untuk bermain kali pertama di bawah pengurus baharu.

Carlo Ancelotti mungkin terpaksa melupakan khidmat penyerang, Iwobi ketika menentang Burnley malam ini.

Iwobi mengalami kecederaan hamstring pada babak pertama ketika perlawanan menentang Arsenal yang berkesudahan seri tanpa jaringan dan digantikan oleh Cenk Tosun.

Lucas Digne, Djibril Sidibe, Fabian Delph dan Gylfi Sigurdsson semuanya kembali beraksi selepas sembuh dari kecederaan ketika menentang The Gunners.

Manakala peranan Moise Kean masih menjadi tanda tanya dengan persoalan adakah Ancelotti akan memberikan peluang kepada pemain Itali itu, yang melangkah masuk untuk 10 minit terakhir Sabtu lalu.

Johann Berg Gudmundsson dilaporkan sedia kembali ke skuad utama Burnley.

Johann Berg Gudmundsson , 29 tahun merupakan pemain yang perlu diberikan perhatian.

Pemain sayap itu tidak beraksi sejak mengalami kecederaan hamstring ketika tugasan antarabangsa bersama Iceland pada Oktober lalu.

Pun begitu, dia sudah bermain 90 minit bersama pasukan bawah 23 tahun Burnley pada hari Sabtu lalu dan mengharungi perlawanan itu tanpa sebarang kecederaan.

Perlawanan tersebut dilaporkan diadakan secara tertutup minggu lalu.

Kembalilah Gudmundsson mungkin tepat pada masanya dengan Jeff Hendrick digantung perlawanan setelah menerima kad kuning kelima ketika kemenangan di Bournemouth.

Aaron Lennon terlepas sesi latihan pada hari Isnin kerana sakit tetapi khidmat beliau masih ditagih Burnley untuk perlawanan Boxing Day, menentang Everton.

Skuad Everton yang cergas: Pickford, Mina, Holgate, Sidibe, Digne, Tosun, Sigurdsson, Davies, Delph, Richarlison, Calvert-Lewin, Bernard, Kean, Baines, Keane, Coleman, Niasse, Stekelenburg.

Skuad Burnley yang cergas : Pope, Hart, Lowton, Taylor, Tarkowski, Mee, Long, Pieters, Bardsley, Cork, McNeil, Westwood, Brady, Gudmundsson, Lennon, Wood, Barnes, Rodriguez, Vydra.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment