Jersi terakhir Pele bersama Brazil dijual € 30,000.

Jersi Brazil Terakhir Yang Dipakai Oleh Legenda Bolasepak Pele Yang Dijual Di Rumah Lelongan Bolaffi Di Turin. (AFP)

Jersi yang dipakai oleh pemain legenda bolasepak Brazil, Pele ketika perlawanan terakhirnya untuk juara dunia lima kali itu dilelong pada harga €30,000 (RM138,000) di Itali.

Pemenang Piala Dunia tiga kali itu menyarung jersi tersebut pada perlawanan persahabatan menentang Yugoslavia di Stadium Maracana di Rio de Janeiro pada Julai 1971 yang merupakan kali terakhir lagenda itu beraksi bersama Brazil.

Jeris terakhir dipakai Pele untuk Brazil.

Pele, 79, dianggap antara pemain bolasepak terhebat sepanjang masa dan menjaringkan 77 gol untuk Brazil dalam 92 penampilan.

Jersi tersebut dijual dalam lelongan di Bolaffi, Turin, semalam.

Beberapa memorabilia lain dijual termasuklah jersi kuning dipakai oleh bintang berbasikal Itali, Fausto Coppi dalam laluan memenangi Tour de France 1952 dijual (dibeli) pada harga €25,000 (RM115,000).

Jersi ‘rare’ Juventus berwarna biru yang jarang digunakan oleh pertahanan Itali, Luciano Spinosi pada final Piala UEFA 1971 dijual pada harga €9,400 (RM43,238).

Jersi lain yang dipakai oleh legenda Argentina, Diego Maradona semasa bermain untuk Napoli pada musim 1989-90 dijual dengan harga €7,500 (RM34,499).

Bat (pemukul kayu baseball) yang digunakan oleh pemain bola keranjang AS tersohor, Michael Jordan ketika berkecimpung secara ringkas dalam dunia baseball pula dijual pada €425(RM1,955).

Rujukan: Tribune

About MyGooners 874 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment