Connect with us

Arsenal

Jürgen Klinsmann mahukan Xhaka.

Published

on

Pemain Arsenal telah ‘memaklumkan rakan sepasukan’ tentang perpindahan Januari yang berpotensi.

Malah turut dilaporkan bahawa pengarah kelab Jerman itu berada di England minggu lalu.

Hertha Berlin hanya mencatatkan tiga kemenangan dalam saingan Bundesliga di bawah Ante Covic musim ini dan gagal merekodkan sebarang kemenangan liga dalam tempoh sebulan.

Dan mereka akhirnya memutuskan untuk memecat pengendali Croatia itu dan melantik Jurgen Klinsmann sebagai penggantinya pada 27 November.

Advertisement

Di bawah Klinsmann, pasukan Bundesliga itu telah berjaya mengutip tujuh mata dalam tiga perlawanan terakhir mereka dan pengurus baru Hertha itu mempunyai rancangan besar, menurut SportBild.

Laporan SportBild 18 Disember 2019

Ia mendakwa pihak Jerman sedang mempertimbangkan untuk menandatangani Mario Götze dari Borussia Dortmund dan Victor Wanyama dari Tottenham Hotspur.

Victor Wanyama pernah mewakili Southampton pada 2013–2016.

Bekas pemain Southampton itu begitu kuat dikaitkan dengan meninggalkan Spurs pada jendela perpindahan lalu, dengan Club Brugge dipercayai berminat mendapatkan khidmatnya, namun perjanjian itu tidak pernah berlaku.

Walau bagaimanapun, menurut Bild pula, pihak Jerman itu juga telah melihat Granit Xhaka dari Arsenal.

Xhaka menjadi keutamaan Herta Berlin.

Pemain antarabangsa Switzerland itu menerima kecaman ekoran tindak balas keterlaluan kepada penyokong Arsenal ketika perlawanan berkesudahan seri 2-2, menentang Crystal Palace pada Oktober lalu

Walaupun Xhaka telah memohon maaf selepas insiden itu namun menurut Bild perkara itu masih sukar diterima dan ianya menimbulkan kebencian kepada penyokong The Gunners.

Pengarah sukan Hertha, Michael Preetz dikatakan telah membuat kunjungan ke England minggu lalu dan laporan itu menambah kemungkinan beliau sedang berunding untuk perpindahan pemain berusia 27 tahun itu.

Advertisement

Bild menambah ‘bintang’ seperti Xhaka sangat sesuai dengan dasar baru Hertha.

Malah, ia mendakwa pemain antarabangsa Switzerland itu telah pun ‘memberitahu rakan sepasukannya di London mengenai perpindahan ke Berlin’.

Arsenal dikatakan sedia mempertimbangan nilai antara € 20-30 juta untuk Xhaka dan juga terbuka untuk idea perpindahan pemain itu secara pinjaman pada bulan Januari, selagi pilihan pembelian (klausa) dimasukkan dalam perjanjian itu.

Advertisement