Connect with us

Arsenal

Jurulatih baharu – peraturan baharu.

Published

on

Pemain-pemain Arsenal perlu sedia berubah dan menyesuaikan diri dengan peraturan serta latihan yang diberikan Arteta.

Arteta menghentikan sesi latihan pertamanya serta merta ekoran tindakan pemain senior Arsenal.

  • Flicks untuk melepaskan diri dari pertahanan kini dilarang.

Mikel Arteta telah memberi mesej spesifik kepada beberapa bintang Arsenal semasa sesi latihan pertamanya.

Wartawan terhormat Arsenal yang disanjungi, David Ornstein melaporkan bahawa Arteta tidak senang dengan beberapa pemain berpengalaman yang menggunakan flicks dan trik ketika melewati rondos.

Latihan – rondos

Mereka melakukan rondos dan beberapa pemain Arsenal telah melakukan fliks dan trik untuk melepaskan diri dan menipu pemain pertahanan,” kata Ornstein.

Arteta menghentikan latihan serta merta dan berkata ‘anda tidak melakukan seperti itu dalam perlawanan [sebenar], jadi mengapa anda melakukannya sekarang [dalam latihan]?

Advertisement

Menurut Ornstein lagi, Arteta menggesa para pemainnya untuk melakukan hantaran menggunakan teknik yang betul dengan menggunakan pergerakan badan yang betul, walaupun ia mengambil masa untuk melakukan hantaran.

put a foot on it, even if it takes a split second longer, and play a pass

Mikel Arteta akan membuat debutnya di kawasan teknikal pada perlawanan Boxing Day di Bournemouth malam ini.

Dan pastinya ramai yang teruja dan tidak sabar untuk melihat Arsenal baharu untuk kali kedua musim ini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply