Bernd Leno yakin Mikel Arteta mampu kembalikan prestasi sebenar Arsenal

Bernd Leno

“Kami tahu kami boleh melakukannya. Ianya terletak pada kami,”

Penjaga gol utama kelab, Bernd Leno yakin Mikel Arteta mampu memimpin Arsenal untuk mendapatkan kembali tempat empat pasukan terbaik liga.

Arteta menyaksi perlawanan menentang Everton dari tempat duduk penonton pada Sabtu lepas, yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Dan Leno percaya perlantikan bekas pembantu pengurus Pep Guardiola ini dapat memberikan insipirasi kepada rakan-rakannya termasuk dirinya sendiri yang ternyata kurang keyakinan diri di dalam dan luar padang.

Bernd Leno yakin Mikel Arteta boleh menyuntik semangat baru ke dalam skuad Arsenal

Apabila ditanya adakah top four masih lagi menjadi sassaran utama mereka, Leno menjawab: “Sudah tentu, kerana saya rasa masih banyak lagi perlawanan.

“Kami akan bermain menentang semua pasukan Big Six. Kami mempunyai banyak peluang untuk memenangi perlawanan menentang mereka.

“Kami masih percaya. Ianya terletak di tangan kami.

“Kami perlu menunjukkan mentaliti kami, kami perlu bermain dengan baik dan kemudian saya rasa kami akan mempunyai peluang itu.

“Kami tidak ambil peduli lagi mengenai taktika atau kualiti atau apa yang telah berlaku pada masa lalu.

“Saya rasa hanya dengan bekerja keras adalah satu-satunya jalan, kami perlu mengembalikan mentaliti kuat kami, dan kemudian saya rasa yakin kami boleh mencapai sasaran kami.

Keputusan seri 0-0 lawan Everton merupakan clean sheet pertama Arsenal selepas 15 perlawanan, juga yang pertama di tempat lawan selepas kemenangan 1-0 di Newcastle pada perlawanan pembukaan musim ini.

“Sememangnya berbeza dari perlawan-perlawanan yang lain. Kami tidak membenarkan mereka mendapat peluang, seperti yang dikatakan oleh Freddie [Ljungberg] dan pengurus baru kami,” Leno mengakui.

“Saya rasa barisan pemain sangat bagus kerana semua orang bermain untuk pasukan dan menunjukkan mentaliti yang hebat.

“Malangnya kami tidak berjaya menjaringkan gol, tetapi saya rasa kami boleh gembira dengan persembahan kami, terutama mentaliti kami.”

Be the first to comment