“Kami tidak akan menjual pemain-pemain terbaik kami pada Januari nanti,” Daniel Farke

Daniel Farke

Daniel Farke menegaskan Norwich City tidak berada dalam situasi kewangan yang tertekan dan tidak akan menjual pemain-pemain terbaiknya.

Norwich kini dalam kedudukan tercorot dalam liga, tujuh mata memisahkan mereka dari zon selamat.

Dan perlawanan terakhir mereka pada tahun ini adalah menentang Tottenham Hotspur di Carrow Road, mengharapkan keajaiban untuk mengakhiri enam perlawanan tanpa kemenangan.

Tiga, empat pemain bermain dengan sangat baik walaupun prestasi pasukan kurang memberangsangkan.

Pemain pertahanan, Max Aarons pernah berada di dalam radar Manchester United. Todd Cantwell, Emi Buendia, dan Teemu Pukki juga bermain dengan sangat baik di PL sejak dari Championship lagi.

Dari kiri: Teemu Pukki, Todd Cantwell, Max Aarons

“Saya tidak risau mengenai apa-apa bidaan. Bila terdapat minat terhadap pemain-pemain kami, bermakna kami melakukan kerja kami dengan baik.

“Situasi kami sudah berubah sejak beberapa musim lepas.

“Kami sentiasa perlu menjual pemain-pemain terbaik kami pada beberapa jendela perpindahan yang lepas.

“Buat masa ini, sejujurnya, kami tidak mampu membeli pemain-pemain yang sangat berkualiti dan berpengalaman, tetapi kami juga tidak perlu menjual mana-mana pemain dan situasi ini sangat bagus.

“Kami memerlukan Max sepanjang musim ini. Tidak ada senario yang berlaku yang memerlukan kami menjual salah seorang pemain terbaik kami.

Farke juga mengatakan dia tidak ‘cemburu’ tidak boleh mendapatkan pemain sasaran pada pertengahan musim ini kerana faktor kewangan, tetapi tidak menolak akan mendapatkan pemain baru untuk mempertingkatkan kelab untuk jangka masa panjang.

Norwich menjual James Maddison kepada Leicester City dengan harga £22 juta pada tahun lepas, di tengah kesukaran kewangan kelab, sebelum menjuarai Championship musim lepas, tetapi Farke berkata kini pasukannya berada di posisi yang lebih stabil untuk menafikan minat dari luar.

“Keadaan kewangan kami agak baik dan kami tahu kami memerlukan kesemua pemain utama kami untuk sekurangnya mempunyai sedikit peluang untuk mencipta sesuatu yang sensasi dan untuk kami tidak melakukan sesuatu yang kurang bijak dan menjual pemain-pemain terbaik kami.

Adakah ada pemain-pemain Norwich yang boleh dibeli oleh Arsenal untuk membantu pertingkatkan pasukan pada musim hadapan?

Andai Mikel Arteta mampu menstabilkan permainan di bahagian tengah, mungkin dia boleh mendapatkan Cantwell. Cuma kena gilap lagi la.

Be the first to comment