Connect with us

Arsenal

Kata-kata semangat Ljungberg bantu kemenangan Arsenal.

Published

on

Arsenal ketinggalan 1-0 pada babak pertama perlawanan ketika menentang West Ham United semalam.

Namun anak buah Freddie Ljungberg berjaya bangkit pada babak kedua untuk memenangi perlawanan tersebut 3-1, dalam tempoh sembilan minit dengan menjaringkan tiga gol.

Kemenangan dan kebangkitan Arsenal itu sememangnya sesuatu yang begitu mengujakan apatah lagi The Gunners gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam sembilan perlawanan selain tewas dalam perlawanan terakhir.

Keputusan perlawanan minggu ke-16.

Menurut pendedahan yang dibuat Daily Mail, Pierre-Emerick Aubameyang telah mengatakan ucapan Ljungberg pada rehat separuh masa telah membangkitkan semangat yang seterusnya berjaya mengakhiri kemarau kemenangan Arsenal.

Kami berasa gembira. Saya fikir kami bermain dengan baik pada babak kedua, jadi kami gembira kerana dapat memenangi perlawanan ini,” kata Aubameyang.

Advertisement

Kami cuba mencipta beberapa tempo dalam permainan dan bermain pantas serta mencari ruang, dan kami berjaya akhirnya.

Pada separuh masa [rehat], Freddie mengarahkan kami untuk bermain dengan tempo lebih tinggi.

Ia sukar tetapi kami mempunyai kualiti dalam skuad dan jika kami percaya kepada diri sendiri, kami boleh melakukannya dan memenangi perlawanan.

Kami akan mengambil separuh kedua [gaya bermain] ini sebagai contoh untuk sepanjang musim ini.”

Advertisement

Aubameyang setakat ini telah menjaringkan 13 gol dalam kesemua pertandingan musim ini dan berharap dapat membimbing pasukan untuk berada dalam kelompok teratas Liga Perdana Inggeris.

Arsenal kini berada di tempat kesembilan setelah mengharungi 16 perlawanan.

Kedudukan terkini carta Liga Perdana Inggeris.