Kekangan kewangan halang Besiktas bawa Elneny secara kekal.

“Kosnya tinggi” – Pengurus menjangka pihak pengurusan kelab akan berusaha untuk menandatangani pemain Arsenal.

Pengurus Besiktas, Abdullah Avci telah bercakap kepada media mengenai pemain pinjamanan dari Arsenal, Mohamed Elneny selepas kemenangan ke atas Kayserispor.

Walaupun bermula dengan permulaan yang buruk untuk musim ini, namun Black Eagles telah berjaya memperbaiki prestasi mereka beberapa minggu kebelakangan ini.

Dan mereka kini menduduki tempat ketiga dalam Super Lig Turki, setelah memenangi lima perlawanan terakhir mereka.

Pemain tengah milik Arsenal itu telah menjadi pemain yang unggul ketika ini dan persembahan pemain antarabangsa Mesir itu sekali lagi membantu Besiktas ketika menentang Kayserispor, dimana Elneny telah menghasilkan bantuan untuk Burak Yilmaz dalam mencatakan kemenangan 4-1.

Bercakap mengenai masa depan Elneny seperti yang dilaporkan oleh Sporx, Avci berkata mereka mungkin tidak dapat mengekalkan pemain Arsenal itu dalam skuadnya untuk musim hadapan, namun beliau berharap pihak pengurusan kelab dapat melakukan sesuatu berhubung perpindahan tersebut.

Kami akan bertindak mengikut kesesuaian dengan kedudukan ekonomi kelab.

Elneny adalah pemain Arsenal.

Kosnya tinggi tetapi saya pasti lembaga kami akan melakukan sesuatu. ” jelas Avci berhubung masa depan Elneny bersama mereka.

Minggu lalu ia dilaporkan oleh akhbar Turki bahawa Besiktas akan berunding dengan Arsenal mengenai perkara untuk menandatangani Elneny secara kekal pada Januari ini.

Pihak Super Lig itu dilaporkan boleh menebus pemain itu dengan nilai €18 juta tetapi ada juga dakwaan yang mengatakan Arsenal mungkin menerima sekitar €8 juta sahaja untuk perpindahan kekal pemain berusia 27 tahun itu.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Elneny sertai Milan Januari ini, Besiktas nafikan dakwaan bapa Elneny. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners
  2. Besiktas bakal terima 1.5 juta atas penjualan Elneny. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners