Ketua Kelab Napoli berunding dengan Arsenal.

Napoli Mahukan Torreira

Perkembangan berhubung minat Napoli terhadap pemain-pemain Arsenal.

Sepanjang dua hari yang lalu, kami telah melaporkan dakwaan yang dibuat oleh wartawan Itali, Ciro Venerato, mengenai Lucas Torreira yang menjadi sasaran perpindahan kegemaran untuk Napoli pada pasaran musim sejuk.

Gazzetta dello Sport membawa laporan pada hari Selasa dengan mengatakan pasukan Serie A ‘kelihatan’ seperti berhajat untuk mendapatkan rakan sepasukan Torreira, Sead Kolasinac, sementara saingan liga mereka, AS Roma juga berminat terhadap pemain pertahanan Arsenal itu.

Kini satu lagi laporan dari akhbar yang sama memberikan lebih banyak maklumat mengenai minat kelab Naples itu terhadap pemain antarabangsa Uruguay dan pertahanan kiri Arsenal.

Permintaan pertama pengurus baharu Napoli, Gennaro Gattuso terhadap pasukannya adalah untuk membawa pemain tengah pada Januari ini dan dia telah menetapkan sasaran kepada pemain The Gunners.

Difahamkan Gattuso berhajat untuk menggunakan Torreira dalam formasi 4-3-3 beliau di Napoli.

Laporan Gazzetta dello Sport

Ia mendakwa Pengarah Sukan Napoli, Cristiano Giuntoli sedang dalam ‘perbincangan’ dengan Arsenal untuk melengkapkan perpindahan Torreira.

Dan idea mereka adalah untuk membawanya secara pinjaman dengan bayaran sebanyak € 3 juta, yang mana klausa pembelian wajib berjumlah € 27 juta, diletakkan di dalam kontrak pinjam itu.

Gazzetta menyatakan operasi itu tidak mudah, tetapi Napoli cuba mendapatkan dua pemain Arsenal itu serentak, yang melibatkan Torreira dan Kolasinac.

Napoli turut dikatakan berhajat mendapatkan Kolasinac.

Manakala dalam perkembangan lain, Arsenal turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan pertahanan tengah Napoli, Kalidou Koulibaly.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment