Connect with us

Arsenal

Kieran Tierney alami kecederaan serius.

Published

on

ARSENAL terpaksa melupakan khidmat pertahanan muda ini untuk tempoh tiga bulan.

Kieran Tierney dilaporkan tidak akan beraksi untuk tempoh tiga bulan akan datang setelah mengalami kecederaan bahu.

Sebelum ini, pertahanan yang dibawa masuk dari Celtic pada musim panas tahun ini mengalami kecederaan pangkal peha yang menyaksikan beliau berehat tiga bulan.

Pendedahan yang dibuat Goal itu mengatakan bahawa Tierney dijangka diketepikan sehingga pertengahan bulan Mac akibat kecederaan terbarunya.

Advertisement

Semenjak menyertai Arsenal, Tierney telah terlepas lima perlawanan liga ekoran kecederaan dan membuat 12 penampilan secara keseluruhan dalam semua pertandingan.

Perkembangan itu juga memberi kesan kepada Steve Clarke yang berharap dapat menggunakan khidmat Tierney untuk perlawanan play-off Euro 2020 menentang Israel pada akhir bulan Mac.

Perlawanan play-off separuh akhir kelayakan Euro 2020 – Path C

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply