Connect with us

Arsenal

Komen Arteta mengenai Ozil, Ljungberg dan Bournemouth.

Published

on

Sidang media pertama Mikel Arteta sebagai ketua jurulatih Arsenal dan menjelang perlawanan Boxing Day menentang Bournemouth.

Setakat ini, barisan ataupun kakitangan kejurulatihan Arteta masih belum diputuskan.

Itu bukan di tangan saya, ia adalah peguam dan dokumen,” katanya ketika diperkenalkan pada minggu lepas.

Saya ingin melakukannya secepat mungkin tetapi untuk bersikap adil, waktu yang ada begitu suntuk.

Advertisement

“Saya mempunyai perlawanan dengan City jadi terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan.

Ia akan diumumkan tidak lama lagi.

Arsenal akan menentang Bournemouth Khamis ini (jam 11 malam waktu Malaysia) dan ketika ini berada ditangga ke-11 Liga Perdana, sembilan mata memisahkan dari tempat keempat yang berpeluang merebut slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pun begitu, Arsenal hanya empat mata dibezakan untuk berada dalam kelompok layak beraksi dalam Liga Europa.

Advertisement
Kedudukan Carta Liga Perdana Inggeris Ketika Ini

Berikut adalah apa yang diperkatakan beliau pada sidang media pertamanya selaku ketua jurulatih, menjelang pertemuan menentang Bournemouth.

Kemas kini mengenai Freddie Ljungberg dan barisan kejurulatihan

Khidmat Ljungberg masih diperlukan dan Arteta telah memutuskan bahawa bekas pengendali sementara Arsenal itu adalah sebahagian daripada barisan kejurulatihan beliau.

Freddie Ljungberg masih diperlukan Arteta dan Arsenal.

Saya bercakap dengan Freddie selepas perlawanan [menentang Everton] dan saya beritahu dia, idea saya dengan siapa saya mahu membentuk kakitangan kejurulatihan saya.

Dan saya ingin tahu apa yang dia rasa, apa yang dia fikirkan dan apa harapannya.

Kami telah berbincang dan akhirnya memutuskan bahawa perkara terbaik adalah untuk dia tinggal bersama kami.

Saya fikir dia boleh menjadi sangat berharga, dia tahu mengenai pemain, keadaan dan sejarah di mana kami datang dan pengetahuannya mengenai perlawanan hanya akan lebih membantu.

Advertisement

Mengenai Bournemouth dan Eddie Howe

Eddie Howe

Arteta jelas mengagumi pengendali Bournemouth itu yang mana Howe bermula pada usia muda untuk menjadi seorang pengurus ataupun ketua jurulatih.

Howe kini berusia 42 tahun dan telah bermula atau terlibat dalam pengurusan seawal (pada usia) 29 tahun, iaitu pada tahun 2006 apabila diberi kepercayaan oleh Kevin Bond untuk menjadi pemain dan jurulatih.

Dan pada tahun 2008, Howe telah menjadi pengendali Bournemouth dan turut pernah menjadi pengendali Burnley (2011-2012) sebelum kembali semula ke kelab itu pada 2012.

Rekod Howe sebagai pengurus:

  • 2008-2011 : AFC Bournemouth
  • 2011-2012 : Burnley
  • 2012 – : AFC Bournemouth

Sangat teruja dengan [pada] usia dia bermula, itu adalah satu tanda yang sangat baik untuk saya.

Dia seorang jurulatih yang saya suka dan saya menghargai kerja yang dilakukannya kerana apa yang dilakukannya itu tidak mudah untuk tempoh yang lama.” jelas Arteta mengenai Howe.

Advertisement

Mengenai Ozil

Mesut Ozil

Mengenai kata-kata Ljungberg yang mana beliau tidak akan menurunkan ataupun menggunakan Mesut Ozil ekoran tindakan pemain itu yang menyinggung perasaan penyokong (menendang sarung tangan ketika dikeluarkan), Arteta mempunyai pandangan tersendiri.

Malah beliau tidak mahu mengulas perkara yang sudah terjadi dan hanya mahu memfokuskan mengenai masa depan.

Saya tidak tahu [merujukan kepada kenyataan Ljungberg], soalan itu anda perlu bertanyakan kepadanya [Ljungberg].

Saya hanya mahu dia membuat keputusan untuk memilih barisan terbaik untuk menang menentang Everton.

Tugas saya bermula sejurus selepas perlawanan [menentang Everton] untuk memilih pemain secara mental dan meletakkannya dalam kerangka kerja yang saya mahukan.

Advertisement

Dengan saya, mereka mempunyai rekod yang bersih yang saya katakan kepada mereka.

Anda tidak akan dihakimi pada apa yang telah anda lakukan pada masa lalu sama ada negatif atau positif.

Ini terlibat setiap hari dan saya mengharapkan anda untuk melakukan terbaik dan berada dalam minda yang betul setiap hari untuk saya.

Jika anda berbuat demikian, anda mempunyai peluang untuk bermain, jika tidak, anda tidak akan bermain.”

Advertisement