Connect with us

Arsenal

Laporan Perlawanan: Arsenal U23 (3) – (2) Dinamo Zagreb II

Published

on

Skuad bawah 23 tahun Arsenal mencatat kemenangan 3-2 ke atas Dinamo Zagreb II dalam perlawanan kedua PL International Cup 2019/20.

PREMIER LEAGUE INTERNATIONAL CUP
Arsenal U23 (3) – (2) Dinamo Zagreb II
18 Disember 2019
Meadow Park

Penjaring gol:
7′ Antonio Marin
35′ Tyreece John-Jules
54′ James Olayinka
79′ Roko Baturina
90+4′ Tyreece John-Jules

Senarai kesebelasan utama: Karl Hein (GK), Tolaji Bola, Zech Medley, Mark McGuinness, Joseph Olowu, Matt Smith, Robbie Burton (C), James Olayinka, Nathan Tormey ▼’80 , Tyreece John-Jules, Trae Coyle ▼’80

Advertisement

Simpanan: James Hillson (GK), Tobi Omole , Folarin Balogun ▲’80, Jordan McEneff ▲’80

Tyreece John-Jules

Penyerang remaja, Tyreece John-Jules muncul wira pasukan apabila menjaringkan dua gol, termasuk satu gol di minit-minit akhir perlawanan untuk tiga mata penuh hari ini.

Kedua-dua pasukan telah memenangi perlawanan pertama kejohanan ini ke atas Villarreal pada bulan September dan November lepas.

Kini mereka bertarung bagi menentukan siapa yang akan menduduki tempat pertama kumpulan A.

Pasukan pelawat membuka akaun gol terlebih dahulu menerusi sepakan percuma Antonio Marin pada minit ketujuh.

Advertisement

Dia menyempurnakan sepakan percuma tersebut ke bucu bawah gol kawalan Karl Hein.

Tersentak dengan gol awal tersebut, para pemain muda ini melancarkan gerakan demi gerakan serangan ke arah gol lawan.

Trio serangan hari ini, Nathan Tormey, John-Jules, dan Trae Coyle bertali arus melakukan percubaan, namun sentiasa dapat dihalang oleh pemain pertahanan lawan.

John-Jules berjaya menjaringkan gol penyamaan 10 minit sebelum rehat separuh masa, dengan mengawal bola yang hadir kepadanya, sebelum merembat bola melepasi Dinko Horkas.

Advertisement
Separuh masa pertama: Arsenal U23 (1) – (1) Dinamo Zagbreb II

James Olayinka menjadi kedudukan 2-1 berpihak kepada kita pada minit ke-54, apabila menonjol masuk bola hantaran Tormey dari sebelah kiri.

Pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol penyamaan 11 minit sebelum tamat perlawanan menerusi Rokko Baturina yang melakukan penyudah dari jarak dekat.

Steve Bould melakukan dua pertukaran selepas gol kedua Dinamo Zagreb itu, memasukkan Folarin Balogun dan Jordan McEneff menggantikan Coyle dan Tormey.

Balogun berjaya mendapatkan sepakan penalti pada minit ke-88 selepas dia dijatuhkan oleh Horkas.

Advertisement

Tetapi dia gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut, selepas Horkas berjaya meneka betul arah sepakannya.

Skuad bawah 23 tahun lebih bersemangat bermain untuk mencari gol kemenangan, dan berjaya memperolehinya pada masa kecederaan perlawanan.

Balogun membawa bola masuk ke dalam kotak penalti lawan sebelum menghantar bola kepada John-Jules yang mudah menampan gol kemenangan pasukan.

Para pemain Arsenal U23 meraikan gol kemenangan saat akhir Tyreece John-Jules

Kemenangan ini meletakkan Arsenal U23 di tempat pertama kumpulan A PL International Cup 2019/20 dengan mengumpul enam mata dari dua perlawanan.

Advertisement