Arsenal
Laporan Perlawanan: Arsenal Women (9) – (0) London Bees
Published
4 years agoon
By
AdamAizat19
Arsenal Women mara ke pusingan kalah mati FA Women’s Continental League Cup selepas menewaskan London Bees 9-0 di Meadow Park semalam.
THE FA WOMEN’S CONTINENTAL LEAGUE CUP
Arsenal Women (9) – (0) London Bees
11 December 2019
Meadow Park
Penjaring gol:
Katie McCabe 8′, 34′, 54′
Melissa Filis 45′, 77′, 86′
Lisa Evans 48′, 88′
Beth Mead 49′
Senarai kesebelasan utama: Pauline Peyraud-Magnin (GK), Louise Quinn (C), Leonie Maier, Jennifer Beattie ▼’19, Viktoria Schnaderbeck ▼’46, Emma Mitchell, Ruby Grant, Melisa Filis, Jill Roord, Katie McCabe, Vivianne Miedema ▼’46
Simpanan: Manuela Zinsberger (GK), Leah Williamson ▲’19, Lisa Evans ▲’46, Beth Mead ▲’46 , Gracie Pearse
Dua orang pemain, Katie McCabe dan Melisa Filis berjaya membuat hattrick dalam kemenangan 9-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B The FA Women’s Continental League Cup semalam.
Joe Montemurro membuat lapan pertukaran pemain dari skuad yang bermain dalam perlawanan liga menentang Reading hujung minggu lepas.
Penjaga gol Perancis, Pauline Peyraud-Magnin kembali bertugas sebagai penjaga gol dalam kejohanan piala, sementara dua pemain remaja, Filis dan Ruby Grant diberikan penampilan pertama kesebelasan utama musim ini.
Pemain pertahanan tengah Republik Ireland, Louise Quinn menyarung lilitan kapten selepas ketiadaan Jordan Nobbs dan Kim Little dalam senarai skuad dalam perlawanan ini.
Pihak lawan bermula garang, apabila Flo Gamby memaksa Peyraud-Magnin menyelamatkan tandukannya pada minit awal permainan.
Kita kekal bertenang, dan mula mencorak serangan. Dan berjaya membuka akaun gol seawal minit kelapan apabila McCabe mudah menampan masuk bola hantaran rendah Filis.
Dia menggandakan jaringan gol pada minit ke-34 selepas menyambut hantaran bola dari atas garisan padang daripada Vivianne Miedema.
Miedema sekali lagi terlibat dalam jaringan gol perlawanan ini, membuat hantaran bola menggunakan outside foot yang pantas disambar oleh Filis dari jarak dekat dalam kawasan gol yang padat.
Kita mendahului 3-0 menjelang rehat separuh masa.
Kita mampu menjaringkan lebih banyak gol, namun penjaga gol lawan Sarah Quantrill berjaya menyelamatkan percubaan daripada Jill Roord, Grant dan Miedema.
KEPUTUSAN SEMUA PERLAWANAN ARSENAL WOMEN DALAM THE FA WOMEN’S CONTINENTAL LEAGUE CUP 2019/20
P1: 22 September 2019: London City Lionesses (0) – (5) Arsenal Women
P2: 20 Oktober 2019: Arsenal Women (4) – (0) Charlton Athletic Women
P3: 03 November 2019: Brighton & Hove Albion Women (0) – (0) Arsenal Women [Arsenal Women tewas penentuan sepakan penalti 2-4. Dapat 1 mata]
P4: 21 November 2019: Arsenal Women (7) – (0) Bristol City Women
P5: 11 Disember 2019: Arsenal Women (9) – (0) London Bees
5 perlawanan [4 menang, 1 seri, 25 jaringan gol, 0 bolos, 13 mata]
SENARAI PENJARING GOL TERBANYAK DALAM THE FA WOMEN’S CONTINENTAL LEAGUE CUP 2019/20 (kemaskini sehingga 12 Disember 2019):
5 gol: Beth Mead
3 gol: Katie McCabe, Melisa Filis
2 gol: Jennifer Beattie, Danielle Van de Donk, Kim Little, Jill Roord, Vivianne Miedema, Lisa Evans
1 gol: Jordan Nobbs, Emma Mitchell
Montemurro membuat dua pertukaran pada rehat separuh masa pertama, memasukkan pemain sayap Scotland, Lisa Evans dan pemain Inggeris, Beth Mead menggantikan Miedema dan pemain antarabangsa Austria, Viktoria Schnarderbeck.
Mereka merupakan pertukaran pemain kedua dan ketiga kita, selepas Jennifer Beattie terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-19 kerana mengalami kecederaan. Dia digantikan dengan Leah Williamson.
Ini merupakan penampilan ke-100 Beattie bersama Arsenal Women.
Mead dan Evans bergandingan dalam mencipta gol keempat perlawanan sebaik sahaja separuh masa kedua bermula. Mead membuat hantaran lintang kepada Evans, yang menanduk bola melepasi Quantrill.
Mead juga berjaya menjaringkan gol keenam peribadi musim ini. Dia menerima bola dari luar kotak penalti sebelum menggelecek melepasi dua pemain pertahanan lawan dan merembat rendah ke bucu bawah gol.
McCabe melengkapkan hattrick pada minit ke-54, menanduk hantaran lintang cantik daripada McCabe, menjadikan kedudukan 6-0.
Kita menjaringkan tiga gol dalam masa 11 minit sumbangan dua gol daripada Filis dan satu gol daripada Evans.
9-0 kemenangan bergaya untuk Arsenal Women, membolehkan mereka menduduki tempat teratas kumpulan B sekaligus mara ke pusingan suku akhir kejohanan ini. Tahniah!
You may like
-
Goldie tandatangani kontrak profesional pertama
-
Pasukan wanita ajar pasukan lelaki Arsenal bagaimana kalahkan Everton.
-
Viktoria Schnaderbeck kekal bersama Arsenal Women
-
Joe Montemurro mengalu-alukan keputusan pembatalan baki musim Women Super League
-
“Saya sangat takut” – pemain WFC Arsenal bercakap tentang perjuangan 10 hari dengan disyaki Covid-19.
-
Laporan Perlawanan: Arsenal U23 (3) – (2) Dinamo Zagreb II
You must be logged in to post a comment Login