Connect with us

Arsenal

Laporan Perlawanan: Everton Women (1) – (3) Arsenal Women

Published

on

Arsenal Women memastikan mereka menamatkan tahun 2019 di puncak liga dengan kemenangan 3-1 ke atas Everton Women kelmarin.

THE FA WOMEN’S CONTINENTAL LEAGUE CUP
Everton Women (1) – (3) Arsenal Women
15 December 2019
The Pure Stadium

Penjaring gol:
Vivianne Miedema 14′, 57′
Kim Little 55′ (penalti)
Chloe Kelly 78′

Senarai kesebelasan utama: Manuela Zinsberger (GK), Lisa Evans, Leah Williamson, Katie McCabe, Viktoria Schnaderbeck, Kim Little (C), Lia Walti, Danielle Van de Donk, Jill Roord, Vivianne Miedema, Beth Mead ▼’38

Advertisement

Simpanan: Pauline Peyraud-Magnin (GK), Louise Quinn, Jordan Nobbs, Leonie Maier ▲’38, Melisa Filis, Ruby Grant

Katie McCabe (kanan) diasak oleh pemain Everton Women

Anak buah Joe Montemurro mudah menundukkan Everton 3-1 di Pure Stadium kelmarin, walaupun dia sendiri tidak berada di kawasan teknikal jurulatih kerana pulang ke negaranya, Australia atas sebab urusan peribadi.

Namun kemenangan ini terpaksa dibayar dengan harga kecederaan yang menimpa ke atas pemain sayap Inggeris, Beth Mead.

Vivianne Miedema meneruskan kecemerlangannya di hadapan gol dengan dua jaringan gol, satu gol setiap separuh masa.

Gol pertama hadir seawal 14 minit permainan, apabila Miedema melompat tinggi untuk menanduk hantaran lintang Kim Little, menewaskan penjaga gol lawan, Tinja-Riikka Korpela.

Advertisement

Dia telah menyamai rekod Little yang menjaringkan gol dalam enam perlawanan Women Super League berturut-turut.

Kita terpaksa membuat pertukaran awal pada separuh masa pertama, apabila Mead digantikan dengan pemain antarabangsa Jerman, Leonie Maier.

Mead mengalami kecederaan serius selepas dibentes keras oleh pemain Everton, Gabby George.

Padang Everton ini sekali lagi menjadi tempat kecederaan serius berlaku ke atas pemain Arsenal.

Advertisement

Pemain tengah Inggeris, Jordan Nobbs juga mengalami kecederaan acute cruciate ligament (ACL) di padang yang sama musim lepas.

Arsenal Women mendahului 1-0 pada separuh masa pertama…

Kita menjaringkan dua gol dalam masa dua minit untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada separuh masa kedua.

Little dijatuhkan oleh bekas pemain Arsenal Women, Chloe Kelly di dalam kotak penalti, dan dia mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Advertisement

Kemudian Miedema menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini, menyambut hantaran lintang Maier di sudut jauh sebelum melakukan penyudah yang kemas.

Everton Women menjaringkan gol saguhati pada minit ke-78 menerusi Kelly apabila rembatan kaki kanannya dari tengah dalam kotak penalti menewaskan Manuela Zinsberger.

Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan ini merupakan kemenangan kesembilan dari sepuluh perlawanan Arsenal Women musim ini, mengumpul 27 mata mengatasi Chelsea Women dan Manchester City Women.

Advertisement
Kedudukan FA Women’s Super League 2019/20 selepas 10 perlawanan.

Tiada perlawanan akan berlangsung sepanjang minggu Krismas.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Birmingham City Women pada 5 Januari 2020.