Connect with us

Arsenal

Laporan Perlawanan: Reading Women (0) – (3) Arsenal Women

Published

on

Vivianne Miedema menjaringkan dua gol dalam perlawanan The FA Women’s Super League menentang Reading Women semalam, membantu Arsenal menang 3-0 sekaligus kekal di puncak liga.

THE FA WOMEN’S SUPER LEAGUE
Reading Women (0) – (3) Arsenal Women
8 December 2019
Adams Park

Penjaring gol:
Vivianne Miedema 28′, 90′
Kim Little 37′

Senarai kesebelasan utama: Manuela Zinsberger (GK), Leah Williamson, Jennifer Beattie , Viktoria Schnaderbeck, Lisa Evans ▼’90 , Lia Walti, Jordan Nobbs ▼’81, Danielle van De Donk, Vivianne Miedema, Beth Mead

Advertisement

Simpanan: Pauline Peyraud-Magnin (GK), Louise Quinn, Leonie Maier ▲’90, Emma Mitchell, Katie McCabe, Jill Roord ▲’81

Skuad Joe Montemurro hadir dalam perlawanan ini setelah menang besar 11-1 ke atas Bristol City minggu lepas.

Kita tidak diberikan jalan mudah untuk menang menentang skuad bimbingan Kelly Chambers ini.

Mereka memulakan perlawanan dengan positif. Bermula dengan Fara Williams (bekas pemain Arsenal Women 2016-17) berjaya merampas hantaran bola kita, namun percubaannya gagal menewaskan Manuela Zinsberger.

Advertisement

Reading Women terus melakukan beberapa percubaan dan mendominasi perlawanan hampir setengah jam perlawanan, namun tiada gol dapat dihasilkan.

Vivianne Miedema berjaya melepasi benteng pertahanan lawan sebelum menyungkit bola mengatasi capaian tangan penjaga gol lawan, Grace Moloney, menjadikan kedudukan 1-0 untuk kita pada minit ke-28.

Kapten pasukan, Kim Little menjaringkan gol kedua perlawanan pada minit ke-37, satu gerakan gol yang boleh dicalonkan dalam Gol Terbaik Musim ini.

Gerakan dimulakan daripada Beth Mead yang pantas mengambil sepakan sudut, menghantar bola rendah dan tepat kepada Little, sebelum pemain antarabangsa Scotland itu bermain hantaran bola yang pantas dengan Leah Williamson dan Jordan Nobbs sambil berlari masuk ke dalam kotak penalti.

Advertisement

Sejurus menerima hantaran bola daripada Nobbs, dia mengawal dengan dada sebelum membuat lob mudah ke sudut jauh gawang gol.

Kita mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Reading Women mulakan separuh masa kedua dengan gaya permainan yang sama seperti awal separuh masa pertama.

Percubaan demi percubaan, yang diketuai oleh Fara, dilancarkan ke arah gawang kita.

Lisa-Marie Utland gagal menanduk lebih rendah hantaran lintang daripada Fara. Seketika kemudian, pemain pertahanan gigih menghalang rembatan daripada Fara dan Utland.

Advertisement

Fara hampir menjaringkan gol menerusi sepakan percuma, namun percubaannya sedikit tersasar dari gawang gol.

Kita juga tidak duduk diam menerima asakan Reading. Kita hampir menjaringkan gol ketiga lebih awal sebelum gol Miedema, namun Moloney cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan Mead dan Danielle Van de Donk.

Miedema akhirnya menjadikan kedudukan selesa 3-0 pada minit ke-90. Dia mengawal bola hantaran tinggi daripada Van de Donk, sebelum membuat lob cantik melepasi Moloney.

Ini merupakan gol ke-12 peribadi Miedema dalam lapan perlawanan FAWSL.

Advertisement

Kemenangan ini mengekalkan Arsenal di puncak liga dengan mengumpul 24 mata dari sembilan perlawanan hasil lapan kemenangan setakat ini.

Chelsea Women boleh mengatasi kita kerana mereka berada di kedudukan kedua dengan 22 mata tetapi kurang satu perlawanan.

Harap skuad Arsenal Women terus konsisten dalam permainan mereka, sentiasa mendapatkan keputusan perlawanan yang positif untuk mengejar empat kejuaraan yang ditawarkan musim ini.

COYG!!

Advertisement