Lemar bukan untuk dijual.

Khabar angin mengatakan Arsenal berminat untuk menandatangani Lemar.

Lima hari yang lalu, ESPN melaporkan pengendali baharu Arsenal, Mikel Arteta mensasarkan pemain pertahanan tengah dan pemain tengah menyerang pada Januari nanti.

Bagi pemain tengah menyerang, ia mendakwa nama ‘Thomas Lemar juga disebut sebagai pilihan lain’ berikutan pemain itu masih bergelut menyesuaikan diri bersama Atletico Madrid.

Dakwaan ini kemudian diulas oleh edisi Jumaat AS dan mereka mengandaikan bahawa ESPN mengatkan bahawa The Gunners merupakan salah sebuah kelab ‘berminat’ terhadap pemain berusia 24 tahun itu.

Sebelum menyertai pasukan Diego Simeone, Lemar bersama AS Monaco pada 2018 dan Arsenal pada ketika itu turut dikaitkan dengan pemain pemain antarabangsa Perancis ini.

Laporan itu menyatakan bahawa Lemar tidak akan dijual oleh Atletico dan mereka melihatnya sebagai pemain penting untuk masa kini dan masa depan.

Laporan AS.

AS juga menambah Lemar bersedia untuk meninggalkan kelab La Liga, dengan kelab yang berminat seperti Arsenal atau Lyon (juga dikaitkan) perlu membuat tawaran ‘penting’.

Adakah Arteta benar-benar mahukan Lemar dan akan membuat tawaran ‘penting’ untuk pemain itu, yang gagal menjaringkan sebarang gol setakat ini bersama kelab Sepanyol itu?

Sediakah Arteta untuk mendapatkan seorang lagi ‘Pepe’?

About MyGooners 874 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment