“Liverool mempunyai masalah” – Presiden Kelab lontar cabaran kepada Liverpool, sudah bersedia untuk perlawanan.

Atletico Madrid Vs Liverpool
Liverpool berdepan Atletico Madrid dan akan menjadi perlawanan hebat bagi kedua-dua pasukan itu.

Kedua-dua kelab ini berusaha untuk mengelakkan diri daripada bertemu dalam pusingan seterusnya bagi saingan Liga Juara-Juara.

Namun ianya tidak terjadi dan mereka ditetapkan bertemu pada pusingan seterusnya selepas undian Pusingan 16 dijalankan.

Ia akan menjadi menarik untuk melihat bagaimana bolasepak Jurgen Klopp menandingi Diego Simeone.

Atletico mempunyai keyakinan bahawa mereka lebih hebat berbanding lawan mereka itu berdasarkan keputusan perlawanan sebelum ini menentang The Reds dimana dalam empat pertembungan ianya adalah seimbang (Menang 1, Seri 2, Kalah 1).

Hadir pada hari undian Liga Juara-Juara dijalankan, presiden Atletico, Enrique Cerezo telah bercakap ianya merupakan keputusan dan perlawanan yang baik (keputusan undian).

Keputusan Undian UCL Peringkat 16

Dan turut menjelaskan bahawa walaupun keputusan undian itu dilihat bagaikan perlawanan yang sukar untuk Rojiblancos, ia juga akan menjadi ‘masalah’ bagi Liverpool.

AS memetik Cerezo sebagai berkata: “Liverpool adalah pasukan yang hebat, tetapi mereka mempunyai masalah.

Sehingga Februari kami akan bersiap sedia.

Semua kelayakan adalah 50-50. Saya memberitahu Liverpool bahawa kami bersedia.

Saya tidak akan memilih pasukan lain kerana saya suka Liverpool, bandar dan The Beatles.

Atletico Madrid kini berada ditangga kelima La Liga dan masa depan Simeone telah dipersoalkan pada musim ini.

Ia akan menjadi peluang yang baik bagi pengurus itu menunjukkan apa yang terbaik pada dirinya dan ia boleh menjadi soalan taktikal yang sukar untuk Klopp.

About MyGooners 906 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment