Connect with us

Arsenal

Ljungberg akhirnya temui apa yang dicari.

Published

on

Skuad kendalian Freddie Ljungberg cipta kemenangan pertama awal pagi tadi.

Satu perlawanan yang mengujakan setelah Arsenal bangkit dari ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 3-1 keatas West Ham awal pagi tadi, namun tidak bagi penulis.

Bertahan hanya untuk separuh masa pertama dengan menyaksikan Arsenal ketinggalan 1-0, minda dan mata begitu kuat memujuk “tidurlah…tidurlah…” dan akhirnya penulis tertewas.

Ya aku tewas dengan godaan ‘mengantok’ dan rasa begitu menyesal kerana, apabila tersedar dari tidur menyaksikan keputusan perlawanan Arsenal MENANG!

Advertisement

Tidak adil untuk mengulas perlawanan ini jika semata-mata bersandarkan kepada rangkuman perlawanan – highlights seperti dibawah.

Namun yang pasti, ianya menghadirkan keceriaan bukan sahaja kepada peminat malahan kepada pemain Arsenal itu sendiri.

Namun ulasan kali ini adalah mengenai usaha yang dilakukan Ljungberg untuk kali ketiga semenjak mengambil alih Arsenal.

Sebelum itu anda boleh menonton perlawanan penuh malam tadi disini: Football Origin.

Advertisement
PERCUBAAN BERJAYA LJUNGBERG

Kali ketiga percubaan Ljungberg akhirnya menemui apa yang dicarinya selama ini selain memberikan senyuman kepada peminat dan penyokong setelah mencipta kemenangan yang diperlukan.

Freddie Ljungberg telah mencuba beberapa perubahan dalam formasi, taktikal dan pemain yang berbeza dalam tempoh beliau bertanggungjawab, namun dilihat gagal mengubah sebarang keputusan dan hasil yang dikehendaki.

Tetapi menariknya, separuh masa kedua perlawanan awal pagi tadi, tiga gol dijaringkan dalam masa sembilan minit.

FORMASI – 4-2-3-1

Pada asasnya, Ljungberg tampil dengan formasi 4-2-3-1 dalam ketiga-tiga perlawanan yang dikendalikan beliau setakat ini, termasuklah perlawanan pagi tadi.

Advertisement

Walaupun dengan formasi asas 4-2-3-1, namun apabila Arsenal gagal menguasai ataupun kehilangan bola, mereka akan membentuk formasi 4-4-2. (Ulasan lain akan dikeluarkan)

Kesebelasan pemain Arsenal ketika menentang Norwich yang berkesudahan seri 2-2.
Kesebelasan pemain Arsenal ketika menentang Brighton, tewas 1-2.
Kesebelasan pemain Arsenal ketika West Ham yang mencatatkan kemenangan 3-1.
PENJAGA GOL

Pada posisi penjaga gol, tiada sebarang perubahan dilakukan Ljungberg dengan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Berd Leno untuk tiga perlawanan setakat ini.

Tiada percubaan untuk menukar ataupun menguji Emi, seorang lagi penjaga gol Arsenal (penjaga gol kedua).

Leno, penjaga gol terbaik setakat ini yang ada bersama Arsenal.
Pertahanan

Ljungberg melakukan perubahan pemain pada barisan pertahanan hampir setiap perlawanan, dengan perlawanan menentang West Ham pagi tadi beliau menurunkan barisan pertahanan yang dibarisi pemain muda yang dipimpin oleh Sokratis.

Dua pemain pertahanan yang mendapat kepercayaan Ljungberg setakat ini.

Sokratis (31 tahun) tampil untuk kali kedua dibawah Ljungberg bergandingan dengan Chambers (24 tahun) pada posisi pertahanan tengah, dengan dibantu Maitland-Niles (22 tahun) pada pertahanan kanan dan Tierney (22 tahun) pada pertahanan kiri.

Pertukaran pemain pertahanan dalam tiga perlawanan pertama Ljungberg.

Kolasinac juga mendapat kepercayaan Ljungberg apabila membuat penampilan pada minit ke-19 menggantikan Tierney yang mengalami kecederaan.

Kemasukan Kolasinac juga nyata memberi sumbangan yang diharapkan walaupun sepuluh minit selepas kemasukkan beliau, West Ham berjaya menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Namun beliau beraksi cemerlang dalam melakukan gerakan pada bahagian kiri pasukan, membantu menggerakan bahagian serangan Arsenal.

Advertisement

Walaupun ketiga-tiga gol Arsenal pagi tadi dijaringkan hasil gerakan yang bermula atau dari bahagian kiri pasukan, namun barisan pertahanan yang digunakan Ljungberg lebih banyak bergerak dalam mengatur gerakan dari belah kanan dan lebih banyak berada pada bahagian tersebut.

Heat map Leno, AMN, Chambers,Sokratis dan Tierney.
TENGAH DAN PENYERANG

Xhaka + Torreira: – Ljungberg mempercayai kebolehan dan bakat yang ada pada Xhaka dengan menggunakan sepenuhnya khidmat pemain kebangsaan Switzeland dalam ketiga-tiga perlawanan yang dikendalikannya setakat ini.

Gandingan pemain pilihan Ljungberg kali ini.

Cuma gandingan ataupun pasangan Xhaka yang menjadi pilihan Ljungberg dalam dua perlawanan terakhir (Brighton dan West Ham) adalah Torreira dan bukannya Guendouzi.

Barisan tengah Arsenal dalam tiga perlawanan yang dikendalikan Ljungberg.

Ljungberg kali ini juga menggunakan pemain pada posisi kegemaran pemain itu sendiri seperti, Ozil pada peranan No.10, Martinelli dan Pepe pada bahagian sayap serta Aubamenyang pada posisi penyerang.

Dan hasilnya ketiga-tiga mereka itu (Pepe, Martinelli dan Auba) menyumbangkan gol setiap seorang dan boleh dikatakan pada perlawanan pagi tadi ianya berkesan untuk menggandingkan mereka bersama pada posisi kegemaran pemain itu sendiri.

Lebih teruja, pemain termahal Arsenal, Pepe menjaringkan gol dalam situasi bola hidup, bukannya melalui set piece.

Sesuatu yang dinantikan peminat daripada pemain ini untuk melihatnya menjaringkan gol dan membantu pasukan.

Advertisement
Kepuasan yang sukar digambarkan.

Manakala gandingan Xhala + Torreira kali ini memberikan impak yang diperlukan dan hasil yang terbaik tanpa meninggalkan ruang kosong pada bahagian tengah, sebagaimana pada perlawanan sebelum ini (menentang Brighton) – rujuk pada heat map perlawanan menentang Brighton.

Heat map Xhaka + Torreira ketika menentang West Ham.

Gandingan dua pemain ini banyak membantu barisan pertahanan dan juga serangan Arsenal walaupun The Gunners bolos serta ketinggalan.

Manakala Auba, yang bertindak selaku penyerang berbanding pemain sayap pada perlawanan terdahulu sangat tidak mengecewakan.

Jelas percubaan kali ketiga Ljungberg dalam formasi dan pemilihan pemain dalam melakanakan tektikal beliau dilihat berjaya kali ini.

Pada perlawanan pertama, gandingan dan percubaan pemain yang digunakan beliau dilihat hampir berjaya dengan menguasai perlawanan, walaupun berkesudahan seri 2-1 menentang Norwich.

Bagaimanapun perubahan pada perlawanan kedua beliau yang mana dijangka dapat menyelesaikan kelemahan pada perlawanan pertama dilihat gagal setelah dikecewakan Brighton 2-1 dilaman sendiri.

Advertisement

Walaupun ada yang tidak setuju dengan tindakan yang dilakukan Ljungberg itu, yang mana ianya dilihat sebagai percubaan ataupun ujikaji, namun itulah pertaruhan berani yang terpaksa dibuat pengendali sementara Arsenal ini dalam mencari apa yang diingininya.

Selain itu, kali ini (ketika menentang West ham) boleh dikatakan Ljungberg menggunakan pemain pada posisi yang betul dan cuba menggerakan pasukan berdasarkan kekuatan pemain yang ada tanpa memikirkan bagaimana untuk menggunakan taktikal sebenar beliau.

Mungkin Ljungberg masih mencari-cari identiti permainannya itu namun beliau berjaya memberikan kita kemenangan yang diharapkan sekian lama.

RUMUSAN

Harus diingat dimana Ljungberg tidak mempunyai banyak masa dalam mengenalpasti posisi dan pemain untuk digunakan sebetulnya dalam taktikal serta teknikal beliau.

Advertisement

Pun begitu, ianya juga tidak seharusnya menjadi alasan buat Ljungberg daripda memberikan yang terbaik kepada pasukan.

Berdasarkan Heat Map dibawah, dapat dirumuskan (walaupun terlalu awal) namun Ljungberg berjaya mengatasi kelemahan yang ada pada barisan tengah Arsenal.

Masalah yang dinyatakan beliau sebelum ini dimana Arsenal mengalami masalah dalam peralihan.

Pun begitu, ianya dapat dilaksanakan dan menerima hasil positif pada separuh masa kedua awal pagi tadi.

Advertisement
Heat map Arsenal menentang West Ham (perlawanan ketiga Ljungberg).
Heat map Arsenal vs Brighton (perlawanan kedua Ljungberg).
Heat map Arsenal vs Norwich (perlawanan pertama Ljungberg).