Ljungberg balas kritikan Scholes mengenai isu pakaian.

Pengendali sementara Arsenal, Freddie Ljungberg balas kritikan Paul Scholes yang mempertikaikan cara pemakaian beliau.

Freddie Ljungberg hanya ketawa ketika membalas kritikan Paul Scholes berkenaan cara pemakaiannya ataupun baju yang dipakainya ketika mengendalikan perlawanan pertama beliau selaku pengendali sementara The Gunners.

Dengan sinis beliau menyatakan bahawa pakaiannya itu (sut) sedang dicuci menggunakan cucian kering.

Ljungberg mengendalikan perlawanan pertamanya selaku pengendali Arsenal pada hari Ahad lalu ketika menentang Norwich dan penampilannya itu jelas tidak menyenangkan pundit yang juga merupakan bekas pemain England dan Manchester United, Paul Scholes.

Scholes membuat kritikan aneh mengenai keputusan Ljungberg untuk mengenakan baju berjenis windbreaker semasa penampilannya di Carrow Road.

Bercakap selepas pertembungan di Carrow Road, Scholes berkata: ” Anda mungkin memikirkan dia akan mengenakan sut untuk menunjukkan rasa bangga mengambil alih tugasan itu.

Bagi saya permulaan yang baik – sut dan tali leher untuk menunjukkan disiplin yang baik.

Ljungberg kini telah memberi maklum balas kepada kenyataan itu, mengakui topik pakaiannya itu sangat penting dan akan mempertimbangkan pilihan fesyennya menjelang pertemuan menentang Brighton di Emirates.

Itu sangat penting. Ia berlaku dengan cepat dengan sut itu sedang dicuci menggunakan cucian kering dan saya tidak dapat menyiapkannya, “kata Ljungberg pada sidang akhbar sebelum perlawanan.

Saya telah melihat jurulatih dengan pakaian tracksuit, sut dan sweater, dan saya akan membuat keputusan pada hari perlawanan mengenai apa yang akan saya pakai.

Saya belum diukur untuk sut kelab tetapi anda akan tahu apa yang saya akan pakai.

Arsenal kini menduduki tangga kesepuluh dalam Liga Perdana dan menjadi tuan rumah kepada Brighton yang menduduki tangga ke-16 liga.

Malah skuad kendalian Ljungberg juga sedang mencari penamat kepada lapan perlawanan tanpa kemenangan bagi kesemua pertandingan ketika bertemu pasukan Brighton, Jumaat (6 Disember) jam 4,15 pagi waktu Malaysia.

Dan pihak Graham Potter juga akan berusaha untuk bangkit dari kegagalan baru-baru ini, setelah mengalami kekalahan tiga perlawanan liga berturut-turut.

About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment