Ljungberg boleh jadi Ketua Jurulatih tetap Arsenal.

David Miles anggap Freddie Ljungberg mampu menjadi Ketua Jurulatih tetap Arsenal.
Pegawai rasmi Arsenal beritahu TV Sweden tiada sebab mengapa Ljungberg tidak boleh menjadi pengendali tetap.

Pada hari undian dijalankan bagi saingan Liga Juara-Juara dan Liga Europa, kelab-kelab terlibat telah menghantar pegawai rasmi masing-masing untuk memberikan komen dan kata-kata bagi mengulas mengenai prospek cabaran yang menanti mereka.

Dan kesempatan tersebut digunakan pihak media untuk menanyakan perkembangan kelab, terutamanya kelab yang sedang bergelut dengan prestasi selain masalah dalaman yang dihadapi.

Arsenal juga tidak terkecuali daripada mendapat perhatian media untuk bertanyakan mengenai perkembangan dalaman pasukan.

Dan sudah tentu soalan panas ketika ini untuk diajukan kepada pegawai Arsenal adalah, siapakah Ketua Jurulatih tetap The Gunners yang baharu.

The Gunners telah menghantar wakil rasmi bersama setiausaha kelab, David Miles, dan beliau telah menjadi tumpuan media yang ingin mendapat jawapan dan ingin mengetahui siapakah pengurus seterusnya yang akan mengisi kekosongan di Emirates.

David Miles, Setiausaha Kelab Arsenal.

Bagi media Sweden, terdapat minat khusus terhadap pengurus interim ketika ini, Freddie Ljungberg dan mereka ingin mengetahui sekiranya terdapat peluang ataupun sebarang kemungkinan untuk bekas pemain itu menjadi pengendali tetap di Arsenal.

SVT Sweden berjaya mendapatkan beberapa penjelasan daripada Miles.

Seperti yang kita ketahui, tentu saja, Freddie adalah seorang pemain yang hebat untuk Arsenal dan dia juga melakukan dengan baik sebagai jurulatih.

Tetapi ia adalah kedudukan interim dan kami berharap untuk mendapatkan kestabilan dalam masa terdekat, sama ada Freddie atau ketua jurulatih baharu.

Miles kemudian berkata Arsenal perlu kembali kepada rentak kemenangan dalam Liga Perdana sambil menjelaskan prestasi bagi saingan domestik tidak menepati apa yang diharapkan.

Ketika ditanya mengenai tempoh yang diperlukan untuk mengumumkan pengendali baharu, Miles mengatakan dia tidak terlibat dalam proses itu.

Itu bukan sebahagian daripada tugas saya dan saya tidak layak mengulas mengenai perkara ini, terima kasih.

Saya serahkan perkara itu kepada bos besar. Tetapi saya berharap untuk dapatkan kestabilan tidak lama lagi.

Dan kemudian ketika ditanya adakah Ljungberg adalah salah seorang calon pengendali yang berpotensi, pegawai Arsenal itu menjawab:

Ya, tidak ada alasan, mengapa tidak.

Maksud saya, dia bekerja dengan Unai Emery untuk seketika dan saya pasti dia akan menjadi ketua jurulatih yang hebat pada masa depan untuk kelab, jika tidak di Arsenal, mungkin kelab lain, dia melakukannya dengan cukup baik pada ketika ini. ”

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment