Ljungberg kehilangan tujuh pemain.

ARSENAL kehilangan tujuh pemain dalam menghadapi Standard Liege awal pagi esok.

Perlawanan Liga Europa yang akan berlangsung awal pagi esok, jam 2 pagi waktu Malaysia menemukan lawan dari Belgium, Standard Leige.

Arsenal hanya perlu mencatatkan sekurang-kurangnya keputusan seri untuk mengesahkan laluan ke peringkat seterusnya pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Pun begitu, pihak lawan juga berpeluang untuk mara sekiranya mereka berjaya mengalahkan Arsenal.

Jadi, jalan terbaik Arsenal adalah memastikan kemenangan pada pertemuan awal pagi esok.

Kedudukan Kumpulan F.

Dalam perkembangan pasukan, Arsenal telah mengemaskini perkembangan pemain menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi saingan Liga Europa, Rabu lalu.

Rob Holding juga masih mengalami kecederaan pada lututnya dan terlepas aksi menentang Standard Liege, dengan jangkaan akan menyertai latihan penuh dalam masa dua minggu lagi.

Dani Ceballos masih tidak dapat digunakan dan dijangka kembali menyertai latihan pada pertengahan Disember.

Khidmat pertahanan tengah berpengalaman, Shkodran Mustafi juga terpaksa dilupakan setelah digantung perlawanan kerana mengumpul tiga kad kuning untuk perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa.

Hector Bellerin dan Kieran Tierney, kedua-duanya mengalami kecederaan pada hari perlawanan menentang West Ham dan mereka berdua tidak akan diturunkan bagi aksi menentang Standard Liege, pagi esok.

Tahap kecergasan Bellerin akan dinilai bagi perlawanan menentang Manchester City.

Di samping itu, Nicolas Pepe dan Granit Xhaka juga akan terlepas aksi perlawanan Liga Europa ekoran kecederaan.

Pepe mengalami masalah pada lutut kirinya dan akan dinilai sama ada beliau mampu beraksi atau tidak bagi perlawanan menentang Manchester City.

Manakala Xhaka mengalami gegaran otak ketika perlawanan menentang West Ham dan akan terlepas kedua-dua aksi perlawanan minggu ini (menentang Standard Liege dan Manchester City).

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

1 Trackback / Pingback

  1. Saka berang dengan Ljungberg. - Perkembangan Arsenal dan Bolasepak MyGooners