Connect with us

Arsenal

Ljungberg kenal pasti masalah sebenar Arsenal.

Walaupun baru mengambil alih peranan selaku pengendali Arsenal, namun beliau sudah mengenal pasti permasalahan sebenar yang melanda The Gunners.

Published

on

Walaupun baru mengambil alih peranan selaku pengendali Arsenal, namun beliau sudah mengenal pasti permasalahan sebenar yang melanda The Gunners.

Peranan selaku pengendali sementara Arsenal yang dipikul Ljungberg tidak menghalang beliau daripada mengenal pasti masalah sebenar yang melanda skuad beliau itu.

Beliau mengulangi ‘pemikiran’ sama yang difikirkan peminat dan penyokong mengenai ‘masalah’ Arsenal dan mencadangkan barisan pertahanan tidak cukup pantas.

Dengan barisan pemain yang dimilikki ketika ini adalah mustahil untuk mereka (pemain-pemain Arsenal) melaksanakan cara bermain yang diinginkan beliau.

Advertisement

Arsenal mengharungi lapan perlawanan tanpa sebarang kemenangan Arsenal dalam semua pertandingan berikutan keputusan seri 2-2 ketika menentang Norwich pada hari Ahad lalu.

Perlawanan itu juga merupakan perlawanan pertama buat Ljungberg sejak beliau dilantik sebagai pengganti Unai Emery secara sementara.

Selepas perlawanan tersebut, Ljungberg telah memberikan penilaian (analisis) terhadap ‘masalah’ Arsenal, terutamanya pada bahagian pertahanan ketika mereka melakukan peralihan.

*Kelemahan utama Arsenal adalah ketika melakukan peralihan dari (ketika) melakukan serangan untuk kembali bertahan.

Advertisement

Bercakap menjelang pertembungan menentang Brighton di Emirates Khamis ini (Jumaat pagi waktu Malaysia), Ljungberg mendedahkan dimana beliau telah menyaksikan semula perlawanan tersebut (menentang Norwich) sebanyak dua kali, dengan pendapatnya adalah sama mengenai kelemahan pertahanan kelab yang berterusan.

Saya telah menontonnya dua kali sekarang,” kata Ljungberg pada sidang media sebelum perlawanan.

Perasaan saya secara keseluruhan mungkin sama seperti saya selepas perlawanan, kami bermula dengan sangat baik, bermain menyerang dengan baik tetapi mempunyai masalah pada peralihan dengan bijak.

Jadi mereka mendapat percubaan tepat pada sasaran dan peluang hanya dari peralihan dengan berlari pada lapan ela, yang mana kita perlu berhenti.”

Advertisement

Ljungberg menambah bahawa kekurangan kepantasan mungkin mengakibatkan kelemahan dan kerugian pada pasukannya dengan pilihan defensif yang ada ketika ini tidak dapat menampung intensiti yang diperlukan (kepantasan) dalam melancarkan serangan.

Saya fikir pemain saya cuba mempertahankannya,” katanya lagi.

Sudah tentu anda boleh mempunyai ramai pemain yang berbeza dalam skuad.

Itulah fakta, bahawa anda mempunyai jenis pemain yang berbeza.

Advertisement

Kami mempunyai cara dan gaya bermain yang kami cuba laksanakan serta saya mahu mempertahankannya.

Sudah tentu kita perlu mencari penyelesaian.

Jika pemain tidak terlalu pantas dan kami berkata, ‘Anda perlu berlari untuk ini atau itu’, itu akan menjadi sukar bagi pemain itu.

Secara umum, kami cuba untuk meletakkan struktur supaya semua orang tahu apa yang perlu dilakukan.

Advertisement

Perkara utama yang saya lihat dalam perlawanan itu ialah kami membiarkan mereka masuk ke dalam situasi di mana ia hanya satu pecutan (larian pantas).

Ia bukan mengenai bolasepak atau perkara teknikal, mereka hanya memasuki secara pantas dan kompetitif dengan pemain kami.

Kami mahu menghentikannya. ”

Mampukah Ljungberg mencipta kemenangan pertama buat dirinya?

Advertisement

Dan adakah Arsenal bakal menamatkan badi tanpa kemenangan awal pagi Jumaat nanti (bertemu Brighton dilaman sendiri).