Connect with us

Arsenal

Ljungberg mahu isu ketidakpastian diselesaikan segera.

Published

on

PENGENDALI sementara Arsenal, Freddie Ljungberg berharap isu-isu berkenaan staff kejurulatihan dapat diselesaikan dengan segera.

Kita semua mengetahui bahawa Unai Emery telah pun dipecat tiga minggu lalu dan bukan sahaja beliau yang yang terpaksa meninggalkan Emirates, malahan staff kejurulatihan yang dibawanya bersama turut sama mengikutinya.

Arsenal memberi kepercayaan kepada pembantu Emery, Ljungberg untuk mengemudikan pasukan buat sementara sehingga pencarian kepada pengganti tetap ditemui.

Namun, Ljungberg dikatakan tidak diberikan kebenaran untuk mengukuhkan barisan kejurulatihan dan ini dapat difahami kerana beliau hanya bertindak selaku pemangku sahaja.

Advertisement

Sudah pasti barisan kejurulatihan yang lengkap hanya akan diberikan kepada pengganti tetap yang akan menggalas tugas tersebut.

Dan ini meninggalkan Ljungberg dengan barisan staff kejurulatihan yang terhad untuk mengendalikan pasukan.

Pun begitu, ini adalah sebahagian cabaran yang terpaksa dipikul Ljungberg sebagai pemangku ataupun pengendali sementara.

Bagaimanapun dalam laporan yang dikeluarkan Yahoo Sport UK, Ljungberg dikatakan tidak mampu mengharungi bulan demi bulan tanpa barisan kejurulatihan yang mencukupi dan mahukan perkara ini diselesaikan segera.

Advertisement
Ljungberg menerima bantuan Per Mertesacker.

Ketika ini, Ljungberg menerima bantuan daripada Pengurus Akademi, Per Mertesacker yang menjadi pembantu sementara kepada dirinya.

Kelab berkata kepada saya bahawa saya perlu menunggu sehingga mereka membuat keputusan, jadi ya, saya tidak boleh buat apa-apa pada masa ini,” kata Ljungberg.

Saya mempunyai Per, tetapi pada masa yang sama, dia adalah pengurus akademi, tetapi dia membantu saya dalam melatih pasukan.

Kelab berkata ketika mereka membuat keputusan itu, itu sahaja, atau saya dilepaskan daripada peranan itu [interim], atau mungkin kita dapat melakukan sesuatu dengan staff.

Tetapi ia terpulang kepada kelab.”

Advertisement

Ljungberg akan mengendalikan perlawanan kelima buat dirinya selaku pengendali sementara dengan The Gunners akan menerima kunjungan pasukan juara bertahan, Manchester City awal pagi Isnin (jam 12.30 malam waktu Malaysia).

Arsenal ketika ini dalam proses pencarian pengganti tetap dan proses itu mungkin mengambil masa memandangkan pemiliki kelab, Stan Kroeke mahukan calon yang tepat untuk mengendalikan pasukan.

Ketika ini, terdapat lebih daripada 10 nama calon dikatakan berada dalam senarai pendek dengan pengendali Wolves, Nuno Espirito Santo dan bekas jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti begitu kuat diperkatakan.

Ancelotti dilaporkan tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan berhubung masa depannya yang dikaitkan dengan Arsenal.

Namun ianya masih belum dimuktamadkan oleh pihak pengurusan kelab dan Ljubgberg terpaksa menggalas tugas tersebut untuk tempoh lebih lama.

Nuno Espirito Santo masih mempunyai kontrak bersama Wolves sehingga akhir musim ini.

Ditanya sama ada keputusan cepat [mengenai pengganti tetap] akan menjadi yang terbaik, Ljungberg berkata: “Ia bukanlah sesuatu yang boleh saya perkatakan.

Jika anda melihat orang yang ada di sini sebelum ini, dia mempunyai ramai kakitangan dan mungkin saya tidak mempunyai begitu ramai, jadi jika anda terus berbuat demikian selama berbulan-bulan dan bulan, ia agak sukar. Ianya bergantung kepada kelab [untuk memutuskannya].

Advertisement

Saya tidak mendapat apa-apa pentunjuk sama ada saya di sini atau tidak [pengganti tetap],” katanya.

Apa yang saya katakan kepada bos dan kelab adalah saya akan melakukan apa sahaja dalam kuasa saya untuk memberikan yang terbaik yang saya boleh untuk kelab ini dan pemain.

Kemudian jelas ianya terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan, saya cuba untuk tidak meletakkan sebarang emosi dalam perkara ini.

Advertisement