Ljungberg tampil dengan gaya Arsenal walaupun seri di Carrow Road.

Jurulatih Interim Arsenal, Freddie Ljungberg tegaskan pemainnya bermain dengan gaya yang betul dalam pertemuan mereka dengan Norwich City walaupun berkesudahan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Ljungberg dipromosikan dari peranan jurulatihnya untuk mengambil alih sementara tugas mengemudikan The Gunners dalam perlawanan menentang Norwich City selepas Unai Emery dipecat pada hari Jumaat.

Pierre-Emerick Aubameyang muncul hero Arsenal selepas menjaringkan dua gol untuk Arsenal mengikat perlawanan 2-2 sama selepas tuan rumah menjaringkan gol dari Teemu Pukki dan Todd Cantwell.

The Gunners tampil lebih mencabar kali ini dengan beberapa percubaan dan serangan, yang nyata menggembirakan bekas pemain antarabangsa Sweden, Ljungberg, yang pernah bermain untuk Arsenal antara 1998 dan 2007.

Kesebelasan utama dan rating pemain pada perlawanan malam tadi.

Statistik separuh masa pertama jelas menunjukkan peningkatan ketara dari segi corak menyerang Arsenal dimana mereka mencatatkan 65% penguasaan dengan melakukan lapan percubaan, yang mana separuh daripadanya merupakan percubaan tepat.

Statistik perlawanan pada separuh masa pertama.

Ljungberg nyata gembira dengan aksi The Gunners yang bermain dengan cara yang dikehendakinya walaupun sekadar mencatatkan keputusan seri.

Kami memulakan permainan dengan baik, itulah cara yang saya mahukan bolasepak dimainkan,” kata Ljungberg kepada Sky Sports (via Euro Sport).

Kami mendominasi perlawanan berbanding tuan rumah pada permulaan permainan.

Tetapi kita perlu lebih berusaha pada peralihan, kita menguasai dan mereka mudah menembusi kita.

Pada awalnya saya melihat banyak perkara yang kami lakukan dalam latihan, tetapi kami perlu menjaringkan gol dan mendahului lawan.

Dua kali mereka bangkit dari ketinggalan dan menunjukkan mentaliti yang hebat untuk bersaing.

“Saya mahukan kelab ini menjadi baik, hanya kemengangan yang dikira.

Saya mahu memenangi perlawanan ini sehinggakan saya berasa kecewa tetapi saya juga melihat beberapa perkara yang positif.” jelas beliau lagi.

Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan Arsenal pada perlawanan itu dicabar tuan rumah, namun dari jumlah percubaan The Gunners masih mengekalkan momentum dimana mencatatkan lapan percubaan dengan tiga percubaan tepat.

Namun membenarkan pihak lawan melakukan percubaan yang jauh lebih banyak berbanding separuh masa pertama.

Malah anak buah Ljungberg turut membenarkan pihak lawan melakukan lebih banyak percubaan diseparuh masa kedua didalam kawasan gol (kotak) Arsenal dengan lapan kali berbanding hanya dua diseparuh masa pertama.

Statistik separuh masa kedua perlawanan.

Pun begitu, Ljungberg turut mengakui di mana beliau begitu cemas untuk gol yang dijaringkan Aubameyang dengan menyifatkan perkara itu bagaikan serangan jantung dan ianya bukan sekali, tetapi dua kali.

Saya fikir saya mempunyai serangan jantung dua kali! Tetapi dari apa yang saya dengar itu agak jelas, itulah hasilnya.” jelas Jungberg mengenai keputsan VAR yang menyebabkan sepakan penalti dilakukan semula (retake).

Perkara yang paling penting ialah untuk Aubameyang mempunyai kekuatan mental untuk menjaringkan gol penalti kedua selepas terlepas yang pertama.

Perkara itu bagaimana pun mengundang rasa tidak puas hati penjaga gol Norwich, Krul apabila beliau mengatakan kepada Ozil sejurus mereka (pemain-pemain Arsenal) meraikan jaringan Aubameyang itu.

Saya hanya berkata kepada Mesut Ozil ketika mereka meraikan bahawa mereka bernasib baik kerana pengadil banyak membantu mereka.”

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment