Lupa nombor jersi,Tiemoue Bakayoko cuba lakukan penggantian sendiri.

Tiemoue Bakayoko
Tiemoue Bakayoko mempunyai kenangan manis dan melucukan pada kemenangan 3-0 AS Monaco ke atas Amiens pada hari Sabtu apabila dia terlupa mengenai nombor yang pakainya dan cuba keluar melakukan pertukaran.

Pemain tengah Perancis, yang dipinjamkan dari Chelsea pernah menggunakan ataupun memakai nombor 14 ketika bersama Monaco pada 2014 sehingga 2017.

Beliau kemudiannya meninggalkan Stade Louis II untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea pada Julai 2017.

Namun beliau kembali ke Monaco musim ini setelah gagal mendapat tempat di Stamford Bridge dengan Frank Lampard membenarkannya kembali ke kelab di mana dia mencipta namanya sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Keita Balde Diao telah menggunakan jersi dengan No. 14 pada hari ini, yang bermaksud Bakayoko terpaksa menggunakan No 6.

No.14 Monaco menjadi milik Diao musim ini.

Namun momen lucu terjadi pada perlawanan Monaco menentang Amiens apabila pengurusnya, Leonardo Jardim mahu mengeluarkan Diao.

Pada ketika itu, Bakayoko meluru ke arah tepi padang untuk keluar dengan menyangkakan Jardim mahu menggantikan beliau setelah melihat No.14 tertera pada papan pembantu pengadil yang bertindak memaklumkan kepada pengadil mengenai pertukaran pemain akan dilakukan.

Tanpa rasa bersalah, Bakayoko dengan yakinnya mahu keluar untuk pertukaran tanpa mengingati nombor yang dipakainya ketika ini adalah No 6.

Tindakan lucu itu turut mendapat respon bekas pemain Arsenal dan Chelsea, Cesc Fabregas yang membalas twit daripada Monaco itu.

About MyGooners 866 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment