Mampukah kita mengikuti Arteta

Mikel Arteta sedia memaafkan pemain-pemain Arsenal berhubung tingkah laku sebelum ini.

Pengendali baharu Arsenal, Mikel Arteta menegaskan bahawa beliau sedia memberi peluang kepada semua pemain dengan menyifatkan bahawa mereka semua adalah ‘bersih’ bermula dia mengendalikan pasukan.

Anda tidak akan dihakimi pada apa yang telah anda lakukan pada masa lalu sama ada negatif atau positif ” jelas Arteta.

Ketika ini dua pemain The Gunners telah mempamerkan tingkah laku yang tidak disenangi penyokong dan juga bekas pengendali Arsenal termasuklah ketika Ljungberg mengambil alih secara sementara.

Xhaka bertindak di luar kawalan apabila memaki penyokong sendiri setelah dirinya diejek pada perlawanan menentang Crystal Palace yang berkesudahan seri 2-2.

Tindakan Xhaka itu menyebabkan jawatan beliau selaku kapten pasukan dilucutkan oleh Emery, yang mana pengendali itu masih berkuasa ketika itu.

Xhaka dilucutkan peranan sebagai kapten setelah kata-kata makian dihembur kepada penyokong.

Manakala Ozil pula dikritik ekoran tindakan beliau yang menendang sarung tangannya ketika dikeluarkan pada perlawanan menentang Manchester City yang berkesudahan Arsenal mengalami kekalahan 3-0.

Ljungberg kemudian menjelaskan bahawa beliau tidak akan menurunkan ataupun menggunakan Mesut Ozil ekoran insiden itu dan menjelaskan bahawa ianya tidak boleh diterima peminat dan bukanlah budaya Arsenal untuk bertindak sedemikian.

Tindakan Ozil bukanlah sesuatu yang boleh diterima Arsenal.

Seorang lagi pemain Arsenal yang terpalit dengan kontroversi adalah Aubameyang.

Walaupun beliau bukanlah terlibat secara langsung, namun penglibatan abangnya itu juga boleh merosakan hubungan dikalangan pemain-pemain Arsenal.

Komen Willy yang mengundang rasa kurang senang dikalangan peminat Arsenal.

Willy Aubameyang, yang merupakan abang kepada Pierre-Emerick Aubameyang telah membuat komen yang tidak menyenangkan kebanyakkan penyokong.

Nyata tindakan itu sememangnya tidak disenangi sebahagian penyokong dan peminat Arsenal sehinggakan terdapat desakan untuk melihat peranan kapten dilucutkan dari beliau.

Namun semua itu terjadi pada masa Arteta masih belum dilantik secara rasmi selaku Ketua Jurulatih Arsenal.

Kini dengan Arteta sah menjadi pengendali The Gunners, beliau tidak memandang serius perkara tersebut dan sanggup menerima mereka tanpa perasaan prajudis.

Sebagaimana katanya ” Anda tidak akan dihakimi pada apa yang telah anda lakukan pada masa lalu sama ada negatif atau positif “.

Dan kita, selaku peminat dan penyokong… Mampukah turut sama melakukan perkara yang sama seperti Arteta?

#COYG #WeAreTheArsenal #MyGooners

About MyGooners 866 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment